Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 2 Mac 2015

9 PENYEBAB GUNAKAN 'MAAFKAN SAYA'



‘Maafkan saya’. Pelbagai tafsiran boleh diberikan mengikut apa yang mahu kita mahukan atau mengikut apa yang mahu dan sudi untuk menerimanya. Bergantung pada kedua-dua belah pihak dalam menyampaikan atau menerimanya pula.

Berlaku pada kita menyebut ‘Maafkan saya’ apabila

1.    Ada kesilapan memohon kemaafan agar tiada berpanjangan atas kesilapan kita.

2.   Demi menjaga hati dan perasaan mereka.

3.   Menunjukkan betapa berhemah diri kita dalam melakukan jualan menggunakan masa dan ruang mereka terhadap kehadiran diri kita.

4.   Satu signal atau isyarat betapa kita sentiasa merendah diri.

5.   Kita fahami apa yang mereka perlu dan mahukan.

6.   Mendapatkan kepastian dan pengesahan dari mereka betul ataupun tidak.

7.   Membuka ruang dan peluang tempoh melanjutkan lagi interaksi bersama mereka.

8.   Mewujudkan suasana harmoni ketika berinteraksi.

9.   Membuang sifat malu dan ego kita kepada mereka.

Pergunakan sebaik mungkin ayat ‘Maafkan saya. Tak rugi satu sen pun. Yang penting kita akan dihormati dan diyakini lagi. Ada sahaja peluang jangan tunggu lagi. ‘Maafkan saya’ bukan untuk ucapan buat salah dan silap sahaja. Banyak lagi agenda yang boleh dipergunakan demi melembutkan lagi hati dan perasaan mereka tatkala kita menjual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan