Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 26 Julai 2013

NUZUL AL-QURAN – SATU PENERUSAN ILMU




Sempena kehadiran Nuzul Quran sebagai satu peristiwa di mana Al-Quran di turunkan dari Allah menerusi Jibrail kepada Rasulullah SAW. Adalah dipercayai dan mengikut kata sepakat ulama, surah al-Alaq ayat 1-5 adalah ayat al-Quran pertama diturunkan.. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Peristiwa berlakunya Ayat Al-Quran diturunkan kepada baginda tidak melihat sebagai satu mimpi melainkan dengan jelas seperti sebuah serlahan cahaya pagi. Kemudian baginda diberi kegemaran bersemadi di tempat sunyi di Gua Hira. Di sanalah beliau beribadat beberapa malam lamanya sebelum pulang kepada keluarganya dan berbekalkan itu, beliau pulang lagi kepada Siti Khadijah dan berbekal yang lain pula seperti itu sehingga datanglah kebenaran ketika baginda berada di dalam Gua Hira.

Ia didatangi malaikat Jibrail yang berkata kepada baginda “Bacalah!” Jawab baginda “Aku tidak pandai membaca.” Dan Rasulullah bersabda Lalu malaikat itu datang memeluk ku hingga membuat aku penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memeluk ku kali kedua sehingga membuat aku penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah.” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memeluk ku kali ketiga kemudian ia berkata dalam surah al-Alaq:

1.    “(Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhan yang telah menciptakan (seluruh makhluk).”

2.   “Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

3.   “Bacalah dan Tuhan mulah yang paling pemurah.”

4.   “Yang mengajar dengan pena.”

5.   “Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Selepas itu, Rasulullah SAW kembali dengan ayat-ayat ini dalam keadaan menggigil ketakutan sehingga baginda masuk ke dalam rumah menemui Siti Khadijah dan berkata: “Selimutkan aku! Selimutkan aku!” Lalu Siti Khadijah menyelimutkan beliau sehingga hilang ketakutan baginda. 

Lalu beliau berkata: “Wahai Khadijah! Mengapa aku jadi begini?” Kemudian baginda memaklumkan kepada Siti Khadijah apa yang berlaku dan berkata: “Aku bimbang terhadap diri ku.” Lalu dijawab Siti Khadijah: “Tidak. Senangkan hati anda. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghinakan anda, kerana sesungguhnya anda seorang yang sentiasa membuat hubungan baik dengan kaum kerabat, sentiasa bercakap benar, menanggung bebanan menolong orang yang lemah, sentiasa memuliakan tamu dan sentiasa menolong orang yang dilanda bala bencana.”

Satu ungkapan sejarah yang perlu kita ketahui bagaimana sukarnya Rasulullah yang kita sayangi, cintai dan rindui ini betapa susahnya baginda untuk menerima kalam Allah yang di sampaikan menerusi Jibrail. Betapa seksanya menerima ilmu Allah sehingga mudah merasa takut dan gerun untuk menerimanya. Tiada jalan mudah untuk menerima dan mengambil ilmu. Tidak kira ilmu tersebut kita gemari ataupun tidak.

Begitulah kita, pencarian ilmu memang penting dan menjadi satu keutamaan dalam Islam. Rasulullah SAW nak mendapat ilmu pun cukup terseksa dan sukar buat kali pertamanya. Apatah lagi kita yang serba daif ini. Terlalu banyak yang perlu kita pelajari dan cari supaya boleh kita pergunakan dengan sebaik yang mungkin. Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana untuk mendapatkan ilmu bukan satu jalan mudah dan senang untuk diperoleh. Pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang perlu untuk dihadapi untuk kita sentiasa tenang, sabar, cekal dan tabah  untuk menimba dan mencari ilmu sebanyak yang termampu.

Read more >>

Khamis, 25 Julai 2013

2 Dalam 1



Beruntung kepada sesiapapun juga yang kehidupannya hanya melakukan kebaikan. Tanpa mengira apa yang dilakukannya kesemuanya menjurus kepada menolong dan membantu seramai yang termampu agar setiap apa juga masalah yang di hadapinya dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Inilah amalan orang yang menjual iaitu kena beri bantuan dan pertolongan menerusi produk yang ditawarkan untuk selesaikan bersesuaian dengan apa juga masalah yang mereka hadapi.

Tapi adakah hanya dengan menghulurkan bantuan dan pertolongan ini di kira sebenar-benar yang perlu difikirkan dalam melakukan jualan? Ini adalah kerana majoriti penjual semuanya memikirkan tentang berapa banyak komisen atau perolehan yang sepatutnya mereka terima pada bulan ini. Inilah gangguan pemikiran yang perlu diberi penjelasan yang mana perlu diberi perhatian. Sememangnya wang adalah segala-galanya. Semua orang pasti akan mengejar wang ringgit yang ada demi untuk menampung kehidupan diri setiap hari. Dengan wang seseorang boleh merubah kehidupannya menuju apa yang dikehendakinya. 

Wang adalah sumber motivasi dan perangsang diri yang terbaik untuk berusaha bagi mencapainya. Tapi kena ingat sentiasa bahawa wang bukanlah satu kemudahan buat diri kita tetapi sebenarnya adalah satu kelalaian. Adakah matlamat kita hidup untuk mencapai apa yang ada di dunia ini sahaja? Kerana itu selain mendapat ganjaran wang ringgit kehidupan di dunia kita peroleh dalam masa yang sama keistimewaan mendapat ganjaran pahala pula untuk kehidupan di akhirat perlu untuk kita nikmati secara serentak sekali gus. Secara realitinya memang sukar untuk set kan dalam fikiran kita kena tolong orang, kena bantu orang untuk mendapatkan jualan. Wang ringgit dan komisen adalah satu perkara yang cukup kuat mempengaruhi kita. 

Sememangnya tak boleh nak buat apa. Cuma jalan terbaik agar perbuatan kita suka membantu dan menolong orang selari dengan pendapatan yang diterima kerana penutupan jualan berjaya dilakukan adalah dengan menjadikan niat kita terlebih dahulu untuk bantu dan tolong orang dahulu. Berniatlah di awal hari sebelum melakukan jualan agar kita sering dipermudahkan untuk menghulurkan tangan memberikan segala bantuan dan pertolongan yang diperlukan oleh mereka bagi tujuan menyelesaikan segala permasalahan yang mereka tanggung selama ini. Nawaitu betul tindakan juga betul sudah pasti akan menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Lagi banyak kita bantu orang selesaikan masalah mereka sudah pasti dan tentunya wang secara automatiknya mengalir mengikut apa yang kita bantu dan tolong kepada orang. Itulah hebatnya orang yang menjadikan karier dirinya melakukan jualan kerana bukan setakat duit boleh diperoleh tetapi ganjaran pahala juga boleh diterima secara serentak. Ini baru betul-betul 2+1. Satu pekerjaan yang menghasilkan dua  sumber perolehan tanpa kita sedari ataupun tidak. Jagalah niat dengan baik agar restu dan berakah Allah sentiasa diterima sentiasa hendaknya.


Read more >>

Rabu, 24 Julai 2013

JUALAN SKIM WAKAF AL-QURAN



Tertarik dengan konsep jualan Wakaf Al-Quran yang di adakan di sekitar masjid-masjid utama Alor Setar. Mendapat sambutan yang baik dari pengunjung-pengunjung masjid di mana dengan harga yang berpatutan dan mudah diwakafkan menjadikan ia begitu mudah untuk mendapat sambutan. Pada yang berkehendakkan, berkemampuan, berkeyakinan dan mencari keredaan Allah, hanya perlu membayar untuk membeli beberapa naskhah Al-Quran lalu dicatatkan namanya dalam Al-Quran yang akan diwakafkan nanti.

APA YANG DI PERLUKAN
Dengan meletakkan sebuah meja lipat dan kerusi bagi tujuan perletakkan beberapa naskhah Al-Quran dan tempat duduk kakitangan yang menjaganya. Sebuah stand banting memang akan diletakkan di sebelahnya biar orang ramai yang lalu lalang begitu mudah mengetahui apa aktiviti kaunter tersebut diletakkan di situ. Lagi ramai orang mengetahui bermakna lagi ramai orang yang akan sudi mewakafkan Al-Quran nanti kepada mereka.

STRATEGI
Antara strategi-strategi yang dilakukan demi memastikan mendapat sambutan adalah

i.             Diletakkan di masjid-masjid utama di lokasi yang cukup strategi mendapat perhatian dan tumpuan orang mengunjungi masjid

ii.           Memastikan mengambil kesempatan sempena kehadiran bulan Ramadhan. Lebih banyak seseorang untuk bersedekah dan menderma terutama sekali mewakafkan harta mereka ke jalan Allah amat-amat diperlukan

iii.          Menyediakan kakitangan yang tahu tentang wakaf yang diadakan supaya memudahkan segala keraguan dan pertanyaan sebelum sebarang sumbangan orang ramai boleh diterima lagi

iv.          Stok naskhah-naskhah Al-Quran pastikan mencukupi agar apa yang mereka mahukan pasti ada dan bukannya janji-janji omongan kosong sahaja

v.            Jualan berdasarkan kebajikan dan amalan bekalan untuk hari akhirat nanti menjadi sumber kenyataan utama 

vi.          Menerapkan keikhlasan, kejujuran, tanggungjawab, amanah dan menerapkan kepercayaan mereka untuk mewakafkan harta mereka.
 
KESIMPULAN
Jualan berdasarkan kebajikan dan amalan akhirat sememangnya tidak dinafikan lagi bahawa orang ramai pasti tidak sabar-sabar untuk menabur sumbangan bagi tujuan sebagai satu bekalan buat diri sendiri sebagai kemudian hari. Sememangnya melibatkan wang yang banyak mampu diperoleh. Jangan ditanya betul ataupun tidak orang yang menjualnya itu benar-benar memberikan wakaf pada tempat-tempat yang di nyatakan tapi tanyakan pada diri kita berapa banyak yang boleh kita sumbang demi Agama dan persiapan menghadapi hari kemudian nanti. Wallahualam.
Read more >>

Selasa, 23 Julai 2013

WALAUPUN ADA SEKATAN



Kadang-kadang terasa bagaikan satu debaran ketakutan mahupun kerisauan tatkala mahu dan hendak melakukan jualan. Seolah-olah seperti yang serba tidak kena, menakutkan dan risau jika apa yang kita lakukan ini adalah suatu yang betul ataupun tidak. Walaupun kadang-kadang perasaan gemuruh dan susah hati berjaya kita hindari dan takluki namun apa yang merisaukan tindakan melakukan jualan masih terpancar akan keresahan berdegap degup jantung dibuatnya.

Tak tahu macam mana nak dilakukan namun mungkin kita boleh jadikan kisah ini sebagai satu iktibar dan pengajaran. Kisah di mana betapa hebatnya Imam Bukhari semasa hidupnya diuji dengan begitu hebat dan kuatnya tekanan ke atas diri beliau sendiri. Pernah semasa hayatnya perawi hadis yang cukup terkenal hingga ke hari ini pernah dituduh membawa ajaran sesat sehingga beliau di dakwa sebagai seorang pengikut fahaman Muktazilah. Fahaman Muktazilah ini adalah satu fahaman di mana amat mempercayai Al-Quran itu adalah makhluk. Kesan dari anggapan tersebut, Imam Bukhari pernah di halang dari memberi kuliah dan sebaran ilmu oleh Gabenor yang ketika itu bernama Khalid Bin Yahya.

Walaupun Imam Bukhari telah dihalang dari menyampaikan ilmu kepada orang ramai, Imam Bukhari sama sekali tidak berkecil hati dan marah. Apa yang Imam Bukhari mohon kepada Gabenor tersebut adalah agar Gabenor tersebut menulis surat kepada beliau kenapa tidak di izinkan dan dibenarkan untuk mengadakan majlis ilmu. Itu sahaja harapan beliau kepada Gabenor Khalid bin Yahya. Apabila ditanya kepada Imam Bukhari lantas Imam Bukhari menjawabnya agar diri beliau semasa berlakunya Hari Kiamat nanti kalau di soal oleh Allah menanyakan kenapa beliau sendiri tidak menyampaikan ilmu sudah pasti Imam Bukhari dapat menjawabnya bahawa beliau telah diberikan surat oleh Gabenor supaya tidak dibenarkan untuk menyampaikan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Lihatlah betapa hebatnya Imam Bukhari. Walaupun telah disekat dan tidak dibenarkan sama sekali melakukan dakwah, di tuduh sebagai pengikut Muktazilah yang salah namun lihatlah sehingga kini kitab-kitab karangan Imam Bukhari adalah antara yang dihormati dan dipelajari oleh seluruh pelosok Muslim di dunia hari ini. Begitulah betapa hebatnya Imam Bukhari yang sanggup melakukan apa juga asalkan orang-orang Islam benar-benar jujur dan ikhlas untuk mendapatkan ilmu daripadanya.

Biarlah apa juga tanggapan dan anggapan mereka yang pastinya tidak melakukan jualan, lakukan dengan sebaik yang mungkin walaupun mungkin terseksa hanya disebabkan pandangan dingin, cemuhan dan sangka buruk mereka kepada kita. Berniat dengan baik, ikhlas dan bertanggungjawab agar pada akhirnya mereka menerima akan kehadiran dan kemunculan diri kita di hadapan mereka. Tiada apa yang perlu ditakuti dan dirisaukan asalkan apa yang kita lakukan benar-benar untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan menyelesaikan permasalahan mereka menerusi produk yang kita tawarkan.


Read more >>