Sering kali terdengar macam mana nak mulakan jualan atau perniagaan.
Seolah-olah satu bebanan berat dan amat sukar untuk dilaksanakan. Nak mulakan
perniagaan mesti memerlukan wang atau modal yang besar dan tinggi. Pelbagai
andaian dan tanggapan sudah pasti menjadikan tidur pun menjadi tidak lena terngiang-ngiang
begitu sahaja mengganggu tidak keruan bermain di fikiran.
Kalau hati dah berat sesangat baiklah dilakukan sahaja. Jangan fikirkan
modal dahulu. Guna ikut kemampuan dan wang kita mana yang ada. Kalau sedikit
lebih baik. Mulakan secara kecil-kecilan dahulu tengok sambutan dan skil kita
dalam berniaga dan menjual. Kalau pasaran menerima kehadiran diri kita dan
mampu menjana keuntungan barulah boleh difikirkan bagaimana untuk
mengembangkannya. Berniaga dan menjual bukan semudah seperti menyebut A,B,C. Kena
tempuhinya terlebih dahulu.
Tak perlu nak fikir buat pinjaman atau pembiayaan. Sumber yang ada
pergunakan sebaik mungkin. Yang penting jangan menunggu atau melayan segala
tanggapan dan andaian kita terlebih dahulu. Selagi kita berminat untuk
melakukannya sudah pasti apa yang kita minat itu akan membantu banyak diri kita
dalam melakukan jualan dan perniagaan. Berdoa sama pada Allah kerana bukankah Allah
menuntut kita memohon bantuan dan pertolongan dari Nya? Pohonlah pada Allah dan
bukan sama sekali pada manusia. Pasti akan ada sesuatu di luar jangkaan dan apa
yang kita harapkan akan menjelma jua akhirnya.
Tunggu apa lagi? Lakukan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan