Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 23 Disember 2014

MERENGEK-RENGEK



Sumber fotot id.theasianparent.com

Seperti kanak-kanak yang berkehendakkan sesuatu pada barang yang dimahukan pasti merengek-rengek dan kalau boleh berdiri tegak berteriak menyebut mahukan barang yang dihajati. Inilah ragam kanak-kanak tidak kira apa bangsa sekalipun mengharapkan sesuatu barangan yang dimahukan diambil dan dibeli juga oleh kedua orang tua atau penjaganya yang menjaga. Bolehkah kita dalam jualan turut merengek-rengek meminta kepada pelanggan supaya apa juga produk yang ditawarkan mesti diterima juga oleh mereka?

Jika inilah yang telah kita amalkan tolong berhenti segera! Jangan diamalkan dan dibiarkan sama sekali menjadi cara dan kaedah kita dalam melakukan jualan. Tidak betul dan salah sama sekali. Mungkin boleh menimbulkan simpati dan empati orang pada kita yang merengek-rengek namun walaupun penawaran diterima juga tapi sejauh mana boleh bertahan. Sudah pasti di masa hadapan jika bertemu dengan mereka sama ada mahu melakukan jualan berulang atau terserempak dengan mereka pasti mereka akan melarikan diri, menjauhkan diri dari kita dan seterusnya sudah pasti tidak mahu lagi bersua muka dah dengan kita.

Ini yang dikhuatiri kerana jualan memerlukan kefahaman akan apa masalah mereka, apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Bukan suka-suka lakukan jualan hanya memikirkan janji habis stok sudah memadai. Memanglah kita mahu untung yang besar dan banyak tapi kepuasan mereka sepatutnya menjadi keutamaan kita. Jurujual yang hebat pasti menjadi seorang konsultan tahu mencari jalan selesaikan apa masalah yang dihadapinya. Bukan menurut kehendak kepentingan diri sendiri. Tak guna pun kalau merengek-rengeknya ini dilakukan dalam jualan. Berubah demi kebaikan dan masa depan karier kita dalam melakukan jualan. Orang akan lebih respect dan hormat lagi pada kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan