Sumber foto www.success.com |
Besarnya harapan setelah segala usaha yang telah dilakukan. Sehebat mana pun
kita melakukan jualan pasti kita akan berharap agar tawaran yang dilakukan
pasti diterima juga akhirnya. Semuanya mengharap dan berharap seperti menunggu
buah kelapa yang tidak jatuh-jatuh lagi ke tanah. Besarnya harapan kita hanya
Allah sahaja yang mengetahui. Biarlah semuanya berpihak kepada kita sahaja.
Mengharap akan apa yang telah kita usahakan sememangnya perlu kena pada
tempatnya. Segala curahan tenaga, masa dan wang ringgit pastinya cukup berbaloi
andai kata apa yang kita lakukan sudah mampu mendatangkan hasil seperti mana
yang dimahukan. Cumanya kalau nak mengharap sekalipun pastikan jangan berharap
seperti berikut
i.
Semuanya telah dilakukan dan dah mula
mendapat sambutan. Masalahnya bila dah mula mendapat sambutan segala aktiviti
yang telah dilakukan dibiarkan begitu sahaja tanpa melakukannya secara
berulang. Sudah pasti sambutan yang pada awalnya mendapat sambutan semakin lama
semakin berkurangan pula. Maka bermulalah episod mengharap agar orang ramai
masih boleh datang lagi dan lagi seramai seperti di masa yang lalu.
ii.
Usahanya tiada cuma asyik mengharap sahaja.
Boleh rasa yakin kah dengan harapan sahaja untuk orang ramai datang dan
mempercayai akan apa yang ditawarkan
iii.
Berharap tapi sebenarnya diri kita masih tidak
pasti produk yang dijual mampu untuk dijual ataupun tidak.
iv.
Lebih yakin dengan apa yang orang lain
perkatakan dari melakukannya secara bersendiri. Selagi tidak yakin mengharap
sahaja sudah pasti tidak ke mana juga penyudahnya.
Berharap bila diusahakan dahulu. Bertindak mengikut apa yang dirancang.
Biar tersusun tugasan kita dari main hentam begitu sahaja. Lebih baik kita
berharap bantuan dari Allah dari kita berharap mengharap kehadiran bakal
pembeli menyerah diri kepada kita. Serah diri kita bertawakal dengan usaha yang
telah dilakukan agar harapan besar kita akan tertunai juga hasil dari
pertolongan Allah SWT. Yakin pergantungan kita kepada Allah insyaAllah pasti apa
yang dimahukan akan di makbul dan dibantu oleh Allah jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan