Sumber foto jobadvice.tumblr.com |
Pertama kali bersua dengan bakal pembeli terlalu penting kita mempamerkan first
impression kepada mereka. Kesan dan pandangan pertama ini bagi membolehkan
keyakinan dan kepercayaan kepada kita bagi membolehkan ruang dan peluang
kehadiran kita untuk lebih berinteraksi dan menjual dengan mereka. Bagaikan ada
satu tarikan magnet berlaku dan terjadi dalam pertemuan sulung bersama mereka. Bila
dah yakin apa juga yang kita lakukan sudah pasti akan memberikan satu pulangan
yang bertuah dan beruntung buat kita juga.
Memberikan first impression kepada mereka ini adalah satu kebolehan
yang perlu dilakukan walaupun kita tidak menggemarinya. Bersua dengan orang
ramai semuanya perlu untuk dijaga dan diawasi. Bukannya kita nak pergi melepak
atau cuti-cuti Malaysia tapi penonjolan diri dan perwatakan yang baik perlu
ada. Kenapa perlu malu? Kekemasan berserta dandanan yang baik pasti boleh memikat
dan mempesonakan orang untuk melihat kita yang pasti memberikan keyakinan yang mendalam
buat mereka.
Antara yang perlu dilakukan adalah
i.
Penampilan diri dengan dandanan yang
bersesuaian dengan diri dan keadaan sekeliling. Jangan berserabut dan terlalu
lekeh hingga orang yang melihat dan bertemu dengan kita boleh hilang
keyakinannya kepada kita begitu sahaja
ii.
Jaga kesihatan agar kita sentiasa nampak
cergas dan menyihatkan. Bila sakit pasti tidak bermaya dengan wajah yang boleh
membawa kepada pucat dan sukar pula untuk bercakap atau bersembang.
iii.
Raut wajah yang ceria dan menggembirakan
pasti akan memberikan kesan yang positif kepada orang yang berada di hadapan
kita
iv.
Jangan terlalu moody atau mengikut
perasaan sedih kita walaupun ketika menanggung masalah besar yang harus
dihadapi ketika berinteraksi untuk menjual.
v.
Sentiasa dalam keadaan tenang dan
bersahaja. Tidak menggelabah apatah lagi menunjukkan wajah kebimbangan kepada
mereka.
vi.
Awasi cara kita bersalam, melihat bakal
pembeli, berdiri dan duduk. Semua ini memainkan peranan penting dalam pembuka
pertemuan dengan mereka
Kalau awal pertemuan dapat kita jaga dengan begitu berhemah dan bersungguh
sudah tentu keyakinan mereka terhadap kita amat tinggi. Berinteraksi lah dengan
sebaik yang mungkin secara berhemah dan bersopan. Pusingan pertama kalau kita
dapat lepasinya bermakna pusingan seterusnya akan mampu menjadi milik mutlak
kita juga dalam melakukan jualan. Tak cuba manakan tahu dah cuba sudah pasti
akan dipertahankan apa yang telah kita lakukan selama ini. Bukanlah pengalaman
adalah guru terbaik yang sentiasa mengajar erti kejayaan pada diri kita
sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan