Sumber foto - fsymbols.co |
Tanyalah pada siapa pun yang menjual tidak ada seorang pun yang mahukan
bangkangan dan bantahan berlaku dan terjadi. Sememangnya memeritkan apatah lagi
menyukarkan pula untuk mendapatkan penutupan jualan. Terasa berat sangat bahu
nak memikul apabila bangkangan dan bantahan berlaku sewenang-wenangnya di hadapan
mata kita. Mulalah teraba-raba mencari jalan penyelesaian kaedah dan cara yang
terbaik untuk mengatasi situasi yang dihadapi.
Semua ini berlaku apabila
1.
Pelanggan merasa tidak puas hati dengan apa
yang telah kita terangkan mungkin terdapat point-point utama yang masih
lagi samar-samar yang memerlukan penerangan lebih lanjut lagi dari kita
2.
Berdasarkan pengalaman buruk mereka yang
telah mengguna pakai produk yang ditawarkan
3.
Sememangnya jenis suka mencari kelemahan
dan kekurangan produk dan diri kita yang menjual
4.
Terdapat bakal pembeli jenis panas baran
mudah melenting yang bukan-bukan
5.
Menguji keilmuan kita dalam pengetahuan
produk yang ditawarkan
6.
Melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan
kita yang menjual
7.
Merasa seronok dapat membuli dan per leceh dan
per lekeh kan orang yang menjual
Jangan mudah tergamam dan berdukacita. Hakikatnya bila berlaku bangkangan
dan bantahan dari bakal pembeli bermakna semakin dekat untuk kita mendapatkan
penutupan jualan daripadanya. Bersabar seketika tabah menghadapi karenah dan
tabiat mereka. Bukan semua yang dilalui berakhir dengan mudah dan senang. Ada kalanya
terpaksa juga melalui kesukaran dan kepayahan tanpa kita duga, sangka dan
jangka. Per kemaskan pengetahuan produk elakkan mudah menjadi panik dan geram
kepada mereka yang memberikan bangkangan dan bantahan kepada kita. Redha sahaja
kerana semua yang dilalui itu sudah pasti ada tersembunyi hikmat dan hikmah
buat kita yang melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan