Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 8 Disember 2014

PERGUNAKAN BAZAR ATAU TAPAK EKSPO


Sumber foto : wheresmytehtarik.blogspot.com

Menjadi satu trend terkini menjual di bazar atau medan ruang niaga cukup mendapat sambutan dari usahawan-usahawan bumiputera untuk berniaga. Bilamana terdapat expo atau festival apa juga sekalipun sambutan amat menggalakkan. Memang cukup teruja dibuatnya. Penuh orang berniaga penuh juga orang yang meninjau dan membelinya. Selagi mudah untuk didapati dan dilawati oleh orang ramai selagi itulah tidak perlu merasa risau sama ada boleh ataupun tidak untuk mendapat sambutan atas produk yang ditawarkan.

Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaannya jika dapat menjual dalam bazar atau medan niaga yang diwujudkan oleh penganjur. Tak mencuba manakan nak tahu tapi setelah mencuba sudah pasti hendak lagi. Antara kelebihan dan keistimewaannya kenapa perlu menjual di bazar atau di tapak medan niaga yang disediakan ini adalah kerana

1.    Tapak sewa yang murah dan mampu sewa pada kadar harga yang berpatutan

2.   Lokasi sentiasa di tempat strategik dan tumpuan orang ramai

3.   Bakal pembeli atau pelanggan cukup mudah untuk mencari dan mendapatkannya

4.   Mesra dan dekat pelanggan sama ada telah atau belum mengenali produk yang ditawarkan

5.   Ambil kesempatan cukup mudah perkenalkan produk yang ditawarkan kepada pasaran

6.   Menambahkan lagi promosi perniagaan secara berterusan

7.   Memudahkan lagi pelanggan mencari dan mendapatkan produk

8.   Segala permasalahan dan tanda tanya pelanggan cukup senang untuk diberi penyelesaiannya

9.   Mengujudkan dan memberikan gambaran pada orang ramai tentang produk dan imej perniagaan kepada mereka

10.                Sesama orang menjual sudah pasti dapat membina rangkaian jaringan perniagaan dalam membina silaturahim dan usaha sama

Memang akan ada sedikit peruntukan dan keluar modal sedikit tapi kalau memudahkan lagi menambahkan keuntungan kenapa perlu disisihkan dari menyertainya? Segala wang ringgit, tenaga dan masa jangan dibazirkan. Manfaatkan segala yang elok dan pasti. Lagi rajin kita menyertai segala bazar dan medan niaga yang dibuka kepada para peniaga selagi itulah bukan setakat untung sahaja boleh kita terima tapi nama produk dan membantu selesaikan masalah mereka akan memudahkan lagi tugasan kita dalam menjual. Pergunakan segala kemudahan yang disediakan agar setiap peluang yang ada masih tetap dalam genggaman kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan