Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 4 Disember 2014

AWAK BETUL SAYA SALAH


Sumber foto www.gretchenrubin.com

Bukan semuanya apa yang kita jualkan menemui kebenaran pada bakal pembeli yang kita temui. Tidak memenuhi apa yang dicari dan dimahukan terus mengatakan yang sebenarnya kita telah salah dalam menjual. Sememangnya kelu lidah diam seketika mendengar bangkangan dan bantahan yang diterima. Sehingga pada akhirnya kita akan mengatakan ‘Awak betul dan saya salah’. Inilah situasi yang perlu untuk kita hadapi. Pahit yang terpaksa ditanggung oleh kita dalam menghadapi situasi sebegini.

Beringatlah apabila kita mengatakan ’Awak betul dan saya salah’ bukan bermakna

1.    Kita sentiasa melakukan kesalahan

2.   Sememangnya kita yang bersalah

3.   Kita gagal dalam menjual

4.   Tidak pandai menerangkan perkara yang sepatutnya

5.   Harapan mereka tidak kesampaian atas produk yang ditawarkan

6.   Main hentam dalam melakukan jualan

7.   Tidak pandai menjaga hati dan perasaan mereka

Mengaku kalah bukan bermakna telah tewas selama-lamanya. Sebenarnya memberi ruang semula kepada kita perbetulkan semula menguatkan hujah membina keyakinan diri semula. Akui mungkin semasa memberi penerangan ada kesilapan dan kesalahannya di samping tersalah sasar pelanggan yang kita mahukan. Semuanya cabaran dan dugaan yang perlu kita terima dan hadapi dengan sikap yang terbuka berlapang dada. Sekurang-kurangnya kita lakukan sebegini akan lebih mudah buat kita

1.    Kita semakin dihormati

2.   Menanam sikap merendah diri kepada sesiapapun

3.   Akui kesilapan dan kesalahan kita dari awal lagi

4.   Di masa hadapan kita akan lebih mudah berinteraksi dan melakukan jualan padanya

5.   Maruah diri tetap terjaga dan terbela

Janganlah dikesalkan. Bukan semua yang kita jual pasti 100% orang mahu menerimanya. Terima sahaja mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ikhlas dan jujur dijadikan teras utama dalam menjual mencari masalah orang untuk diselesaikan membantu dan menolong menerusi produk yang ditawarkan. Lakukanlah dengan penuh keyakinan semasa kita melakukan jualan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan