Sumber foto - www.merdeka.com |
Sayidina Umar bin
al-Khattab khalifah Islam yang ke dua selepas Sayidina Abu Bakar adalah seorang
yang sangat prihatin dan mudah bersimpati terhadap umat Islam. Dia tidak hanya
mendambakan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat bagi dirinya sendiri,
tetapi juga bagi kaum Muslimin. Di bawah pemerintahannya Islam semakin
berkembang dengan pelbagai kebaikan dan kebajikan telah ditaburkan oleh Sayidina
Umar sendiri kepada Muslimin dan Muslimat semuanya tanpa adanya sikap pilih
kasih dan mementingkan diri sendiri.
Lalu, beliau meninggalkan
enam peringatan kepada kaum Muslimin semoga ketaatan kepada Allah dapat
dipertingkatkan lagi. “Ingatlah enam perkara ini dalam kehidupan kamu, supaya
kamu beroleh keselamatan hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Apa yang
di maksudkan enam peringatan ini adalah
1.
Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib
yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana aib kamu belum tentu sedikit.
2.
Jika kamu ingin memusuhi seseorang atau memusuhi sesuatu, maka musuhilah
perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu selain perut
kamu sendiri.
3.
Jika kamu ingin memuji, pujilah Allah kerana tidak ada sesuatu yang lebih
banyak memberi kepada kamu dan lebih santun serta lebih lembut kepada kamu
selain Allah.
4.
Jika ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia
kerana menjaga jarak hati kamu daripada cinta kesenangan dunia akan membuat
kamu menjadi manusia yang terpuji, sebaliknya jika kamu menggilai dunia, kamu
akan menjadi manusia hina.
5.
Jika kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati
kerana bila kamu tidak menyiapkan bekalan untuk mati kamu akan menderita, rugi
dan penuh penyesalan.
6.
Jika kamu ingin mencari sesuatu, maka carilah akhirat kerana kamu tidak
akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya.
Semoga Allah merahmati
hidup kamu dengan menjalankan enam hal yang aku sampaikan tersebut”. Kejayaan
yang hakiki bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat juga kena di jaga
sama oleh kita. Tak guna hebatnya kita di dunia tapi semasa di akhirat kita menjadi
seorang manusia yang hina-dina di hadapan Allah nanti. Bersedia untuk mengejar
kejayaan agar apa yang kita sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari
Allah SWT.
(Sumber : Siyar A’lam
an-Nubala’. Karya Imam ad-Dzahabiy)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan