Sumber foto dari ikbalrobiyana.mywapblog.com |
Tidak dinafikan satu keadaan yang cukup merimaskan dan menyakitkan hati
kita adalah apabila kita sering kali mudah dimarahi, dibenci dan ada kalanya
dilayan seperti seorang sampah masyarakat. Semuanya berlaku dan terjadi apabila
kita yang menjual melakukan penawaran langsung tidak mahu diterima dan dilayan
oleh mereka yang enggan untuk menerimanya.
Kalau di layan secara baik dan
bersahaja mungkin hati kita tidak terasa sangat cuma mungkin ada kalanya hanya
menimbulkan kekecewaan dan hampa begitu sahaja. Cuma yang menyedihkan apabila
kita yang berhemah dan bersopan menemui mereka langsung kekasaran pula yang
diterima oleh kita.
Fenomena yang perlu di hadapi dan di tatapi. Jangan mudah berdendam dan
menyimpan kemarahan. Per banyakkan bersabar dan bertenang. Elakkan putus asa
dan kecewa. Hadapi sebaik mungkin kerana bukan selalu langit sentiasa cerah
kadang-kadang hari mendung berlaku juga. Mungkin di masa hadapan kalau bertemu
dengan orang yang sama tiba-tiba terbuka hatinya untuk menerima tawaran yang
kita kemukakan padanya pula.
Hassan Al-Banna ada mengatakan ‘Baling batu pada pohon yang
begitu rendang dan lebat buahnya, dia tidak akan membalas dengan kayu atau
sesuatu yang buruk tetapi balasannya adalah buah yang digugurkan’. Perumpamaan yang mudah untuk kita fahami
dan hayati. Walaupun orang bertindak kasar kepadanya untuk mendapatkan sesuatu
yang merupakan haknya namun langsung tiada pembalasan yang kasar yang diberikan
kepada mereka tetapi hanya cukup sekadar membalasnya dengan kurnian buah-buahan
yang mereka mahukan.
Inilah yang sepatutnya. Belajar untuk tidak berdendam dan marah. Terima
dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Kita menjual bukan setakat hari
ini sahaja. Hari ini mereka menolak tidak mustahil menerima semula di masa
hadapan. Semakin kita berdendam semakin sukar pula untuk kita melakukan jualan.
Walaupun kita bukan malaikat tapi tidak mustahil untuk kita lakukan supaya
tiada dendam di hati. Teruskan menjual agar apa yang kita lakukan ini sentiasa
diberkati dan dirahmati Allah sentiasa sebagai satu amal ibadat kita juga
kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan