Sumber foto www.foresttheater.com |
Menang dalam kalah..
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Justeru...baik jangan bergaduh...!
(Di ambil dari ‘Forwarded’ Mesej yang di terima dari grup Whatsapp)
Satu peringatan yang baik dan cukup berguna. Tak guna tunjuk handal dan
hebat kerana bukan setakat manusia sahaja yang membencinya walaupun terpaksa
memendam tetapi juga Allah telah nyatakan dengan firman Nya bermaksud ‘Sesungguhnya Ia tidak suka kepada
orang-orang yang sombong takbur’ (Surah An-Nahl Ayat 23). Menangnya hanya seketika tapi tewasnya
berpanjangan. Bila berlaku situasi sebegini bagaimana hendak menjual? Tentu
sukar dan memayahkan lagi tindakan kita terutama bila hendak mendapatkan jualan
berulang, perujuk mahupun hebahan mulut yang negatif tentang kita telah
disebarkan oleh mereka. Semuanya angkara kita hanya kerana nak tunjuk kita sahaja
yang benar dan kita sahaja yang betul.
Nak tunjuk kebenaran langsung akan hilang begitu sahaja. Jangan terlalu
memikirkan kebenaran tentang kita sahaja kerana hak orang lain juga ada
kebenarannya sama ada di tunjukkan pada kita atau sebaliknya. Berhati-hatilah
dalam bertindak agar tiada penyesalan pula di masa hadapan. Rambut sama hitam
tapi hati sudah pasti ada kelainannya.
Pendapat masing-masing dan itulah yang
perlu kita hormati akan pendapat dan pandangan orang lain. Sekali sekala kena
pastikan umpama bila mendayung sampan jangan sampai asyik nak melawan arus
sahaja. Kena ikut arus yang mengalir dan kena perhatikan pergerakan nya agar pada
akhirnya pasti selamat juga sampai ke tebingnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan