Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 24 Disember 2014

HUJAN PENYEBABNYA


Sumber foto www.smashingmagazine.com

Hujan, banjir, kesesakan jalan raya di sebabkan hujan dan pelbagai lagi rintangan dan dugaan yang perlu ditempuh di musim hujan begini. Bagaimana nak melakukan jualan? Bagi penjual air di tepi jalan, amat memeritkan hanya disebabkan mungkin tiada pelanggan yang akan hilang dahaganya seperti keadaan di musim panas. Nak pergi ke premis bakal pelanggan di masa ini lah cukup memayahkan keadaan menjadikan seolah-olah satu bebanan yang amat sangat. Akhir tahun pula tu, sasaran perlu di capai pendapatan perlu diperoleh semuanya perlu dilakukan dengan segera.

Entah berapa banyak pula yang bersungut dan mengeluh mengatakan perkara seperti berikut

-         Alahai hujan lagi
-         Bila nak berhenti ni?
-         Asyik hujan sahaja, berjalan pun payah macam ni!
-         Bila nak kering baju kalau asyik hujan sahaja
-         Hujan je jalan jem macam mana nak pergi ni?
-         Asyik hujan nak buka booth macam mana mesti basah kuyup nanti
-         Seganlah nak buat temu janji, nanti baju basah pula

Pelbagai alasan dan ulasan diberikan hanya disebabkan hujan yang turun tidak henti-henti. Terasa menyukarkan dan memayahkan pula nak lakukan kerja dan tugasan. Semuanya dilihat dan dipandang berdasarkan kepada logik akal sahaja. Susah diri sendiri mementingkan diri sendiri sahaja. Cukup menyusuk kalbu mendengar bebelan-bebelan yang dinyatakan.

Firman Allah bermaksud "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Surah Al-A'raf Ayat 57).

Inilah peringatan yang telah Allah perkatakan dalam Al-Quran yang mungkin kita terlupa atau terlalai. Sibuk merasakan hujan adalah satu bebanan untuk melakukan kerja tapi sebenarnya terlalu banyak hikmah nya Allah jadikan hujan yang turun kepada kita yang mungkin tidak sama sekali kita sedari. Kenapa perlu mencari sebab hujan dijadikan alasan begitu sukar dan susah pula dalam melakukan tugasan untuk menjual?

Sepatutnya di waktu hujan ini, ambillah kesempatan dan tindakan untuk per banyakkan ingatan dan doa kita kepada Allah.  Betapa mustajab dan diperkenankan Allah pada doa yang kita minta dan pohon kepada Nya. Segala bebelan dan tidak puas hati kita pada hujan perlu di ganti dengan doa seperti ‘Ya Allah, Ya Tuhan ku! Jadikan hujan ini bermanfaat buat diri ku. Jangan di sukarkan setiap pergerakan ku tapi sentiasa dipermudahkan apa juga yang aku lakukan’. 

Berdoalah kerana Allah berfirman maksudnya "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar Ayat 11). Pintu langit telah dibuka semasa hujan turun, inilah masa yang terbaik untuk kita melakukan doa. Betapa rahmatnya kehadiran hujan ini Allah berikan untuk kita pergunakan dan ambil peluang sewajarnya. Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia, seperti ustaz-ustaz sarankan bila hujan turun jangan lupa berdoa sungguh-sungguh kerana doa ketika ini cukup mustajab dan diperkenankan.

Pergunakan sebaik mungkin. Ganti setiap keluhan dan ketidakpuasan hati kita kepada sesuatu yang boleh kita manfaatkan buat diri kita semula. Firman Allah bermaksud "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepada Nya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada Nya. Dan (ingatlah), Tuhan mu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud Ayat 123).

Bersangka baik dan berfikiran positif bilamana hujan turun. Mungkin kita rasa amat menyusahkan dan membebankan diri kita tapi hadapilah dengan hati yang terbuka berlapang dada dengan ketentuan yang dihadapi. Setiap yang berlaku ada hikmah nya buat cabaran bukan masalah untuk kita tempuhi. Pasti setiap kesabaran dan kesukaran yang ditempuh pasti Allah akan berikan pula kesenangan dan kenikmatan untuk kita peroleh pula. Bukankah Allah itu Maha Adil Maha Mengetahui setiap apa juga yang berlaku dan terjadi.

Semoga menjadi satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat saya dan pembaca semuanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan