Sumber foto p193santubong.blogspot.com |
Carilah sebanyak mungkin punca rezeki yang boleh kita jadikan perbelanjaan bagi
menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Mencari secara halal dan diberkati
amat-amat diperlukan dan dituntut sama sekali. Apa yang kita cari ditukarkan
kepada bahan makanan sudah pasti menjadi darah daging kita. Halal sudah pasti
bermula dari tugasan kita melakukan kerja yang perlu dilakukan mengikut
syariah. Bukan secara main hentam sahaja tidak kira halal haramnya. Asalkan
dapat untung dan menjana pendapatan kita itu yang kita utamakan.
Kerana itu dalam melakukan jualan, elakkan dari menipu, ambil kesempatan
atas kelemahan orang lain, produk yang benar-benar diterima syariat dan
banyakkan membantu hulurkan pertolongan
menerusi produk yang ditawarkan. Keikhlasan dan kejujuran amat dituntut
melakukan tugasan. Jangan sampai hilang kepercayaan orang lain atas diri kita
yang melakukan jualan. Imej dan nama baik kita di pasaran perlu dijaga sungguh
kerana kita menjual bukan untuk sehari dua sahaja. Semuanya perlu dilakukan
dengan niat dan azam yang bersungguh untuk melakukannya.
Bersesuaian dengan hadis baginda Rasulullah SAW, sabda Rasulullah SAW ‘ Sesungguhnya
yang lebih baik di makan oleh seorang lelaki ialah harta daripada usahanya
sendiri dan anaknya adalah termasuk daripada usahanya’ (Riwayat Abu
Daud). Inilah saranan yang sepatutnya kita ikuti sama. Kita ikut lakukannya
bermakna kita telah melakukan sunah Rasulullah dan sebagai tanda ketaatan kita
kepada baginda.
Lakukan secara serius dan bukan main suka-suka sahaja. Semua yang dimahukan
betul-betul bergantung kepada usaha diri kita sendiri sama ada nak lakukan
secara bersungguh atau main-main sahaja. Pulangan dan imbuhan yang besar pasti
ada menunggu kita bergantung sepenuhnya pada usaha yang dilakukan. Jangan
fikirkan Qada dan Qadar kalau usaha kita tidak ke mana. Fikirkan segala
perolehan yang mampu di jana adalah berdasarkan 100% usaha penat lelah kita
melakukannya.
Firman Allah ‘ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu : mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari
rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat
kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatnya dan
takutilah kemurkaannya)’ (Surah Al-Mulk Ayat 15).
‘Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan (harta berupa) dinar dan dirham,
akan tetapi sesungguhnya mereka mewarisi ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia
telah memperoleh keuntungan melimpah’
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan