Sumber foto www.murvine.com |
Sebaik-baik dalam melakukan jualan terlebih dahulu kena kenal pasti apa
yang dimahukan dan dicarikan oleh bakal pembeli. Selagi tidak kita ketahui dan
fahami apa yang mereka carikan sudah tentu jualan kita tidak ke mana perginya. Walaupun produk yang hebat dan
mendapat sambutan ramai tapi mereka tidak berkehendakkan pasti produk tersebut
masih tidak mampu terjual juga. Umpama produk telefon bimbit katakanlah produk
jenama A cukup terkenal dan mendapat sambutan namun tidak semua orang mahu
membelinya kerana masih terdapat pilihan lain untuk orang memilih dan
membelinya mengikut spesifikasi masing-masing.
Kerana itu dalam jualan kena lakukan perkara asas ini agar orang lebih
fahami dan merasa mahu untuk mendapatkan produk yang kita tawarkan. Bukan
permainan silap mata atau mengharapkan ketentuan nasib semata-mata tetapi
kesungguhan dan keutuhan diri kita melakukannya sudah pasti akan berbalas juga
akhirnya. Perkara asas yang dimaksudkan ini adalah
i.
Jangan tinggalkan sama sekali promosi dan
pengedaran risalah (flyers) setiap masa dan ketika. Konsisten dan berterusan dalam
setiap masa melakukan tanpa henti-henti perlu dilakukan secara tetap dan
berkala. Jangan terlalu yakin hebahan mulut akan berlaku sewenang-wenang.
Ketepikan dahulu suka membuat andaian dan tanggapan terlebih dahulu tapi
lakukan sahaja selagi kudrat yang ada boleh digunakan lagi.
ii.
Jangan berhenti memberi penerangan demi
penerangan baik semasa berhadapan seorang demi seorang, semasa sesi taklimat
mahupun ketika ada pertanyaan dikemukakan pada kita. Apa sahaja yang mereka
mahukan jelaskan secara berhemah dan bersopan. Biar padat, ringkas dan mudah
diterima oleh logik akal. Selagi ramai yang bertanya selagi itulah produk akan
mudah terjual dan begitulah sebaliknya. Ketahui pengetahuan produk secara
mendalam agar setiap penerangan yang kita berikan pada siapa pun juga yang
mendengarnya akan berpuas hati dengan apa yang kita maklumkan.
iii.
Jangan perkhidmatan selepas jualan langsung
kita abaikan. Per mudahkan setiap pelanggan yang telah pun menerima tawaran
kita. Berikan khidmat selepas jualan yang memuaskan hati mereka walaupun
mungkin ada pertanyaan mereka ini kadang-kadang membuatkan kita marah, geram,
lawak dan sebagainya. Layani sahaja kehendak mereka yang mungkin juga kita
rasakan mereka mungkin mengada-ada, nak menguji atau mementingkan diri mereka
sahaja. Tidak salah menjaga karenah mereka kerana yang salahnya adalah kita
langsung buat tak tahu apa sahaja aduan mereka terhadap kita. Semasa jual bukan
main manis mulut kita menjual tapi selepas jualan terus kita abaikan mereka
pula begitu sahaja.
Nak berikan yang terbaik lakukan 3 perkara dinyatakan. Bukan bila dah jual
kita tinggalkan mereka begitu sahaja. Juallah apa produk sekalipun hubungan
persahabatan secara akrab perlu dicipta dan dilakukan. Mana tahu kalau ini yang
boleh kita lakukan sudah tentu jualan berulang, mendapatkan rujukan dan hebahan
mulut dari mereka boleh kita terima dengan senang hati. Cuit satu gerak
sepuluh, alangkah senangnya tugas menjual kita. Berikan yang terbaik bukan
terburuk kerana imej dan periuk nasi kita perlu dijaga dan disemai setiap masa
dan ketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan