Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 18 Disember 2014

TAK BOLEH NAK PERKATAKAN



Berhati-hati dalam menjual. Nak tarik minat dan kepercayaan seseorang untuk membeli dan menerima tawaran yang dikemukakan walaupun telah berjaya memenuhi kehendak dan kemahuan mereka kena ambil sikap berhati-hati sentiasa. Buat penat menjual apabila pada penghujungnya gagal dan hilang begitu sahaja. Jangan syok sendiri terlebih dahulu tapi jangan sama sekali lakukan perkara-perkara seperti berikut 
   
1.    Aib dan kelemahan orang lain

2.   Maruah diri kita sendiri

3.   Berapa banyak hati kita terluka melakukan jualan

4.   Berapa banyak dipermudahkan tugasan melakukan jualan

5.   Berapa banyak oportuniti yang hilang

6.   Bagaimana perkara-perkara yang terbaik telah kita lakukan

7.   Membantu dan menolong orang

8.   Perkara kebaikan kita pada orang

9.   Masalah yang dihadapi perlu disimpan baik-baik

10.        Tentang politik, bangsa dan agama isu-isu yang begitu sensitif 

Jangan terlalu ghairah. Bertenang dan bersabar sentiasa. Susun kata-kata yang berhemah dan bersopan agar keyakinan dan kepercayaan berterusan terhadap kita. Kita yang menjual, kita yang memerlukan mereka sedikit sebanyak kena ikut rentak mereka bukan mereka ikut rentak kita. Lakukan yang baik-baik sahaja ketika menjual itu yang sepatutnya kita lakukan selalu dan sentiasa. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa juga nanti pada akhirnya. Tak rugi pun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan