Sumber foto : greatinspire.com |
Penawaran dilakukan sebaik mungkin. Sasaran pada prospek adalah betul dan
tepat. Penerangan dan pujukan telah pun dilakukan. Habis segala idea dan
kerahan tenaga dilakukan bagi memastikan segala keperluan dan kemahuan mereka
telah pun dipenuhi. Masa berlalu semakin lama rasanya. Mengharapkan kesudian
mereka untuk menerimanya pula. Semuanya bergantung kepada mereka sama ada untuk
menerima ataupun tidak.
Inilah detik yang perlu dilalui. Amat memeritkan tambahan pula tiada tanda-tanda
kesudian untuk menerima maklum balasnya pula. Kalau ditekan dan dipaksa jangan
sama sekali. Elok boleh diterima langsung tawar hati pula jadinya. Apa yang
perlu dilakukan di waktu ini sewaktu mereka ingin melakukan keputusan adalah
1. Bersikap sabar
dan tabah melayan karenah dan tabiat mereka. Jangan mudah melenting memaksa
tapi relak setiap masa. Memang mengharap tapi jangan dinampakkan.
2. Jangan
dikemaskan atau di simpan produk atau katalog yang ditunjukkan kepada mereka.
Tunjukkan-tunjukkan kepada mereka untuk mereka sentiasa fokus dengan produk
atau katalog yang berada di hadapannya.
3. Sentiasa
memaklumkan segala kelebihan, keuntungan dan kehebatan yang bakal mereka
peroleh secara jelas dan ringkas mudah lagi mempengaruhinya.
4. Jika masa yang
diambil terlalu lama menantikan maklum balas tanya sekali lagi ada apa-apa yang
belum difahami atau adakah masalah lagi yang perlu dibantu untuk diselesaikan secara
bersama.
5. Jangan putus
asa tapi sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.
Jangan mudah mengalah. Berikan yang terbaik. Memang di penghujung cerita agak
mendebarkan. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Bersedialah dengan apa
juga keputusan yang dinantikan jua. Kalau mereka menerimanya syukur ke hadrat
Allah tapi kalau mereka masih tidak mahu menerimanya bersyukur juga ke hadrat
Allah kerana setiap sesuatu itu sudah pasti ada hikmat dan penyebabnya untuk
kita muhasabah semula. Yang pasti segala yang berlaku itu ada sebabnya. Bila
berjaya jangan terlalu gembira begitu juga bila gagal jangan pula terlalu
bersedih. Hadapilah dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka untuk
menerima apa juga keadaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan