Sumber foto - www.themalaysianinsider.com |
Terharu dan sebak dibuatnya apabila mendengar berita banjir yang masih
belum reda lagi. Walaupun mungkin ada yang menganggapnya sebagai satu acara
tahunan di Pantai Timur terutama di hujung tahun disebabkan musim tengkujuh
namun penderitaan, kesusahan dan kesukaran yang dilalui dan dialami mereka
amat-amat menyedihkan. Pengalaman saya selama 8 ½ tahun pernah menetap di
Pantai Timur dan pernah merasa kesusahan dan kesukaran dalam bencana banjir ini
tapi tidaklah seteruk yang dialami oleh mereka sekarang ini.
Cukup menyukarkan. Bermula dari kelam kabut semasa air mula melimpah di
parit-parit berdekatan rumah, memindahkan kenderaan ke tempat tinggi secepat
yang mungkin, meletakkan barangan penting terutama dokumen-dokumen penting jika
sempat dan berfikir di mana boleh selamatkan diri dan keluarga. Dah dipindahkan
pula merasa sukar pula mana nak berehat walaupun badan terlalu penat, berkumpul
satu keluarga entahkan boleh makan atau pun tidak, berhadas kecil ataupun besar
memikirkan bagaimana keadaan rumah sekarang ini.
100% mengharapkan bantuan Allah. Simpati orang ramai amat diperlukan ketika
ini. Berat sungguh ujian yang dipikul hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Nya. Tiada apa yang diharapkan. Air banjir yang telah surut bukan setakat boleh
balik berehat begitu sahaja. Banyak sangat perkara yang nak dilakukan lagi dan lagi.
Tidak berhenti begitu sahaja bergoyang kaki. Membersihkan rumah dan halaman
kediaman, membuang mana barangan yang rosak dan binasa. Memang memenatkan.
Tempat untuk tidur dan berehat belum tentu lagi. Nak makan satu bab lagi. Kedai
menjual barang dan makan mana ada lagi yang dibuka untuk menjual. Semuanya
mengharapkan simpati dan ihsan orang lain. Memang cukup mengharukan.
Bersyukur ke hadrat Allah bagi mereka yang tidak ditimpa dengan bencana
banjir besar ini. Segala kesukaran dan kesulitan yang dialami oleh mereka pasti
tidak kita ketahui sama sekali. Hanya pandangan gambar dan bualan cerita yang
boleh menggambarkan keperitan mereka. Inilah peluang kita yang tidak merasa
bebanan banjir yang berlaku kepada kita. Kasihanilah mereka dengan meringankan
bebanan mereka. Cukup besar pahala dan ganjaran Allah berikan kepada kita andai
kata atas kemampuan dan kesanggupan kita untuk menghulurkan bantuan. Tidak
kiralah sama ada dalam bentuk
1. Pergi ke tempat
mereka hulurkan tenaga, masa dan wang membantu mereka
2. Menyertai
mana-mana NGO atau persatuan menyediakan bantuan kepada mereka
3. Tak sanggup
lakukan apa, beratkan diri kita hulurkan derma dan sedekah seberapa banyak yang
termampu bagi membeli barangan keperluan mereka
4. Bersama-sama berdoa
ke hadrat Allah agar segala kesukaran dan kesusahan mereka dipermudahkan dan diringankan
sama sekali.
Itulah tindakan terbaik buat kita. Bukan setakat sebutkan kasihan dan sedih
melihat dan mendengar penderitaan mereka tetapi ambil peluang terbuka ini
melakukan amal jariah sebanyak yang termampu membantu dan menolong apa yang diperlukan
oleh mereka. Hulurkan wang ringgit atau barangan keperluan seperti beras,
minya, gula, garam dan sebagainya di tempat yang dipercayai dan diyakini.
Jangan main suka hati derma merata tempat dikhuatiri nanti ada pula nak ambil
kesempatan. Maklumlah aliran duit ini banyak pula yang sanggup menjadi penipu
dan berbohong tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Ambil tindakan sebaiknya. Allah jadikan bencana ini untuk memberi peluang
buat kita membantu sama kepada mereka yang susah dan sukar dalam kehidupan yang
mereka lalui. Sedangkan daging korban yang kita lakukan di sunatkan diberi
tidak kira siapa pun inikan pula kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.
Tunggu apa lagi, hulurkan semampu yang boleh bagi meringankan lagi bebanan
mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik amal jariah dan
ibadat yang telah kita berikan dan hulurkan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan