Sumber foto hiddenskills.wordpress.com |
Katakan tidak pada perkara-perkara dan tindakan-tindakan yang sebenarnya tidak
berbaloi untuk kita dalam melakukan jualan. Kena ambil berat dan tahu agar setiap
yang tidak itu tidak membebankan dan menyukarkan tindakan seharian kita. Nak lakukan
secara senang dan mudah ketahui apa yang membebankan dan menyukarkan kita untuk
melakukannya.
Kenal pasti dan ketahui apa yang boleh dan apa pula yang tak boleh. Jangan menyeksa
diri lakukan yang tidak boleh sahaja tapi nak mendapatkan kejayaan dan kehebatan
dalam lakukan sahaja yang memberi impak dan kesan yang positif untuk karier kita
dalam bidang jualan. Bila dah tahu sudah pasti kita tidak akan mengulangi dan melakukannya
di masa hadapan. Perbaiki segera agar keputusan yang kita mahukan menjadi genggaman
kita jua pada akhirnya.
Semestinya tidak PADA
1. Bukan sasaran
produk
2. Tidak
mendatangkan hasil
3. Peluang yang
sedikit
4. Pengaruh-pengaruh
yang negatif
5. Bersikap malas
dan mengharapkan ihsan orang
6. Menjual secara
menipu dan mengenakan orang setiap masa
7. Mudah melakukan
tanggapan dan andaian
8. Memandang
rendah keupayaan pesaing
9. Tiada
perancangan main hentam sahaja
10.
Perancangan yang ada tidak selari dengan
tindakan yang dilakukan
11. Paksaan atau
gertakan agar tawaran diterima
12.
Bau mulut atau badan yang tidak
menyenangkan
13.
Janji yang tidak dikotakan
14.
Mudah melenting marah dan kecewa
15.
Unsur-unsur penipuan dan mengambil
kesempatan yang kelemahan orang
16.
Presentasi yang membosankan dan tidak
difahami
17.
Kelakuan yang mendatangkan kejelikan,
kemarahan dan kebencian orang
18.
Perasaan yang membenci dan berdendam
19.
Tidak dapat menerima kejayaan orang lain
20. Ketidakpuasan
hati apabila tidak mahu menerima tawaran yang ditawarkan
21.
Sudah tersalah masih tidak mahu mengakuinya
22. Ketamakan
pentingkan diri sendiri menjadi agenda utama
23. Ilmu yang ada
untuk dikongsi bersama bukan untuk disimpan sendiri sahaja
Tunggu apa lagi, perbaiki segera kalau ada kita melakukannya dan tinggalkan
sahaja kalau ia nya benar-benar tidak mendatangkan hasil seperti yang dimahukan.
Buat apa lakukan perkara yang merugikan kalau ternyata memberi kesan yang negatif
buat kita. Berubah ke jalan yang baik pasti akan memberikan keputusan yang terbaik
buat diri dan karier kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan