Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 1 Januari 2015

MENJELMA LAGI TAHUN BARU




Menjelma sudah 2015. Syukur alhamdulillah Allah memilih kita turut sama hadir pada ambang tahun baru ini. Bagaimana dengan kehadiran tahun baru ini? Adakah semua yang kita idamkan pada tahun 2014 telah berjaya kita kecapi apa yang kita mahukan? Hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya. Bagi yang berjaya memperolehnya syukur alhamdulillah. Yang tidak berjaya bagaimana pula? Ini lah masalahnya. Setiap kali melakukan keazaman sudah pasti banyak gagal dari berjayanya.

Salah satu ciri untuk mencapai apa yang kita azamkan dan hajatkan adalah fokus kita dalam melakukannya. Umpama kita mendaki bukit, beria-ia kita mahu melihat di bawahnya dengan jelas dan terang tapi malangnya ia nya tetap kabur dan kurang kejelasannya. Bila berada pada ketinggian setengah pada bukit itu pula masih nampak apa yang kita mahu lihat di bawahnya tapi kejelasan dan ketepatannya kurang lagi kekaburannya. Maka menyusut lagi kita ke bawah bukit lagi dan lagi bagi mendapatkan apa yang kita mahu lihat dan tengok dapat diperhatikan dengan jelas dan tepat pada gambaran sebenar yang kita mahukan.

Apa yang dimaksudkan bukannya nak menyuruh mendaki bukit sempena kehadiran tahun 2015 tapi cuma mahu memberikan gambaran kepada azam yang kita lakukan. Kenapa kita boleh gagal dalam setiap azam yang kita mahukan. Jawapannya sudah pasti kerana azam  yang dilakukan terlalu jauh dari realiti sehingga fokus kita untuk melakukannya bila berada pada pertengahannya terasa sukar pula untuk dilakukan. Muka mulalah secara beransur-ansur menjadi semakin pudar bertukar tangan menjadi angan-angan pula hingga habis satu kalendar sesuatu tahun. Segala-galanya menjadi sia-sia dan gagal begitu sahaja kalau ini yang berlaku.

Berazamlah sebaik mungkin tapi biarlah ada logiknya dan mampu untuk dicapai supaya kita fokus dan dapat memberi tumpuan untuk melaksana dan mencapainya. Kita sendiri sahaja yang tahu keupayaan dan kemampuan diri kita setakat mana. Jangan sama sekali ikut orang lain yang mungkin kemampuan dan kehendaknya begitu luar biasa sehingga tidak sampai kemampuan kita melaksanakannya. Berfikirlah sebaik mungkin agar kehadiran tahun baru nanti kita akan merasa puas akan apa yang kita mahukan dapat dicapai juga pada akhirnya.

Naluri seorang manusia, setiap orang ada keinginan dan kemahuan yang mahu dicapai secara bersendirian. Perkara normal bukan luar biasa pun. Jadi berazamlah tapi biarlah azam kena pada gaya dan tempatnya mengikut kemampuan dan kebolehan kita untuk melaksanakannya. Biar realiti bukan fantasi. Biar apa yang orang lain nak perkatakan asalkan kepuasan diri sendiri mampu untuk dipenuhi. Lakukan sebaik mungkin agar pada penghujung tahun nanti tiada penyesalan pula akan berlaku dan terjadi. Berazamlah sebaik mungkin agar kekecewaan tidak timbul di akhir kalendar pula.

Selamat menyambut kehadiran 2015 agar Allah sentiasa memberkati dan merahmati setiap apa yang kita lakukan pada tahun ini sebagai satu ibadah dan amalan kita menemui kejayaan dunia dan akhirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan