Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 11 Januari 2015

LAKUKAN SEDAYA UPAYA


Sumber foto - quickbase.intuit.com


Menyentuh tentang kejayaan semua orang nak berjaya dan mencapai apa yang diidamkan dalam hidup ini. Paling seronok bila menonton acara sukan bagi mereka yang berjaya pasti dianugerahkan pelbagai piala untuk di terima dan dikalungkan atas kehebatan bersukan. Sehingga sanggup mencium medal atau piala yang diberikan. Itu belum lagi termasuk sanjungan dan pujian yang bakal diterimanya nanti pula. Itulah kelebihan menjadi sang juara yang pasti menjadi igauan dan sanjungan pada pandangan orang yang melihatnya.

Tidak kurang apa yang kita lakukan dalam jualan. Pencapaian abadi kekal dalam ingatan sudah pastinya berapa banyak yang boleh kita capai dalam melakukan jualan. Berapa banyak sasaran yang diperoleh dan berapa banyak pula pendapatan yang diterima menjadi sesuatu yang diidamkan oleh kita semua. 

Inilah perubahan yang perlu kita usahakan secara berterusan dan konsisten melakukannya tanpa mengira penat lelah dan cabaran yang dihadapi. Sememangnya kejayaan cukup berkait rapat dengan jualan. Berjaya jual pasti berjaya dicapai apa yang dimahukan. Sebaliknya jika gagal pasti impian dan idaman kita turut sama terkubur begitu sahaja.

Bila dah berjaya sudah pasti karier akan mengikut apa yang kita lakukan. Turut sama gemilang dan cemerlang mendaki sama. Tidak siapa pun yang mahukan jatuh terlungkup begitu sahaja. Bermula dari perancangan seterusnya berusaha melakukan tindakan memastikan apa yang dirancang dan diuruskan berjaya memenuhi apa yang di matlamat kan. 

Semuanya kena ada usaha dan gembleng tenaga yang dilakukan. Tiada yang mustahil untuk melakukannya melainkan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja merasa seronok pada awalnya tapi beransur lemah pada penghujungnya mengakibatkan lesu tak keruan tidak mampu mencapai apa yang diidamkan.

Menjaga hubungan dengan siapa saja perlu dilakukan dan di kekalkan silaturahim walaupun pertemuan hanya sekali dua sahaja. Mungkin ada yang kita tak berkenan di hati atas karenah dan tabiat buruk yang ditunjukkan namun demi memudahkan lagi jualan kita hubungan perlu dikekalkan dan diakrabkan agar kalau tidak sekarang mungkin di masa hadapan boleh kita menuai daripadanya pula. 

Jalinan persahabatan dan ukhuwah perlu dikekalkan. Selagi tidak dapat dilakukan hubungan yang baik ini sudah pasti jangan harap boleh dilakukan jualan secara berulang atau mendapatkan perujuk di masa hadapan. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa inilah pepatah lama yang membuktikan betapa kuatnya hubungan perlu ada dan wujud antara kita dengan pelanggan.

Akhir sekali jangan sama sekali kita lupakan amal ibadat kita terhadap Allah SWT. Amar makruf nahi mungkar perlu kita terapkan dalam diri kita. Setakat amal ibadat sahaja bersolat dan berpuasa tidak cukup kerana Islam itu syumul merangkumi kesemuanya. Jangan lupa sedekah dan zakat selain membantu orang lain jalinan silaturahim dan ukhuwah tetap kita jaga sama sampai akhir hayat kita. 

Menjauhi apa yang dilarang dan melakukan apa yang dituntut perlu diutamakan. Semakin hari semakin bertawaduk kita kepada Allah takut dan bimbang jika ada apa-apa di luar pengetahuan kita melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Jagalah hubungan dengan Allah kerana secara automatiknya hubungan dengan manusia akan berlaku baik kalau kita menjaganya secara bersungguh-sungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan