Sumber foto - malaysianreview.com |
Menurut Iman Al-Ghazali ada menyimpulkan terdapat tujuh
cara atau kaedah untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap
penyakit hati yang berbahaya ini iaitu
i.
kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu
dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua
orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas
tetapi tidak diterimanya. Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya
selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak
muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
ii.
kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang
ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan
orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Jika kita bersifat seperti
ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan
maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi
dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah
dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat
atas kejelikan akhlak.
iii.
kerana ego memperkasa keturunan, bangga kita berketurunan
mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya
dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum
Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka
bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan
mulia dikasihi tuhan. Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh
golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka.
Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu
sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
iv.
berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain
dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir
atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
v.
kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan,
berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang
rendah orang yang kurang berada.
vi.
kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli
kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti
mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan
dengan batu dan besi.
vii.
ramainya pengikut setia di belakang diri,
sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat
pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Bahayanya penyakit sombong kerana sombong
tidak mengenal siapa pun juga. Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja,
baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi
ataupun pengemis di jalanan. Sentiasa memeriksa dan bermuhasabah setiap masa
sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau
tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan
memakan diri. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak ada gunanya sama
sekali.
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa
kamu adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah
syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak (Sombong)" (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan