Sumber foto - imgkid.com |
Melakukan
jualan mendapatkan persetujuan penerimaan tawaran amat mendebarkan. Langkah
yang betul pasti melegakan. Hanya tersilap langkah perlu di perhati dan
dijagakan sepenuhnya. Bukan mudah untuk menarik minat tapi kalau dah berjaya
menarik minatnya sudah pasti kepercayaan mereka terhadap kita akan menjelma
dengan begitu mudah sekali.
Inilah
yang perlu dilakukan, semasa penawaran dan perundingan berlaku dan terjadi.
Jangan mudah mengaku kalah. Tidak guna berhujah berjela-jela panjangnya jika
mereka tidak berminat dan mendiamkan diri begitu sahaja. Fokus dan beri tumpuan
atas apa yang kita lakukan. Jangan mengalah tapi sentiasa bersemangat
melakukannya dengan cara
1. Berikan lebihan
masa yang bersesuaian kepada bakal pembeli untuk menarik dan memupuk perhatian
dan minat mereka
2. Ketahui dan
sensitif kepada apa perkara sebenarnya boleh menarik minat mereka atas produk
yang ditawarkan
3. Banyakkan
bermain logik akal dengan penerangan yang simple, ringkas dan jelas
4. Tindakan segera
diperlukan tidak bertangguh apa yang perlu diberi perhatian
5. Kesepakatan
kedua-dua belah pihak perlu dicari bagi mencapai persetujuan penerimaan tawaran
6. Bersabar dan
paparkan keceriaan semasa berinteraksi
7. Dapatkan
komitmen mereka semasa penawaran dan perundingan
8. Jauhi sama sekali
riak muka yang membosankan
Ikhlas
dalam memberi sudah pasti kegembiraan berpihak kepada kita. Mudah memberikan
kefahaman dan membuka pemikiran mereka sudah pasti segala keraguannya akan
terjawab jua. Bila difahami dan diertikan boleh menyelesaikan apa yang mereka
tanggung selama ini sudah pasti kehadiran kita membantu mereka. Tarik minat
mereka dengan menjual segala kelebihan dan manfaat yang mereka cari-carikan
selama ini. Strategi yang betul pasti apa yang dimahukan boleh dilakukan dengan
mudah dan senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan