Sumber foto - sahlan59.blogspot.com |
Tahun baru menjelma
sekurang-kurangnya beriltizam memerlukan pencapaian lebih baik dari tahun-tahun
yang lepas. Menjadikan kehadiran 2015 sebagai satu platform mencapai kejayaan
adalah satu impian yang pasti. Bermula dari sekarang jangan ditangguhkan lagi.
Persiapkan diri menghadapi pelbagai kemungkinan di luar jangkaan agar tidak
sama sekali tenggelam mengakibatkan hanya bersemangat di awal garisan permulaan
sahaja.
Pergunakan apa sahaja yang
percuma di sekeliling kita bagi memastikan kemahiran skil, pengetahuan dan
perhubungan akrab dapat dilakukan. Nak buat apa keluar modal kalau yang
percumanya ada. Pergunakan sebaik mungkin jangan di persiakan. Apa yang
dimaksudkan dengan percuma ini adalah
i.
Banyakkan membaca. Bacalah apa yang
berkaitan dan bersesuaian dengan apa yang kita lakukan. Dari surat khabar,
melayari Internet ataupun pembacaan buku dan majalah di perpustakaan, dari
kawan-kawan ataupun e-book dari Internet. Lagi banyak membaca lagi menambah
ilmu pengetahuan lagi banyak yang kita ketahui mengikut apa yang kita perlu dan
mahukan. Jangan malas untuk membaca dan menelaah yang ruginya nanti kita bukan
mereka.
ii.
Hadiri majlis-majlis ilmu yang tidak
dikenakan bayaran. Pilih sahaja di mana sahaja. Jangan dipilih siapa penceramah
atau penyampainya. Asalkan ada kaitan dengan apa yang kita lakukan hadirkan
diri peruntukkan masa untuk mendengarnya. Tanpa ilmu sudah pasti kita tidak ke mana
pun penyudahnya.
iii.
Banyakkan berdiskusi dan minta pandangan
serta pendapat dari orang lain. Orang lain yang dimaksudkan ini mungkin adalah
rakan sekerja, pesaing, orang yang telah berjaya melakukannya atau yang
berfikiran positif tentang karier dan apa yang kita lakukan selama ini. Mungkin
ada pendapat atau pandangan yang bernas dan boleh kita ambil sebagai bekalan
kita melakukan jualan. Tidak rugi untuk bertanya kerana pepatah ada mengatakan
malu bertanya sesat jalan.
iv.
Berfikir sejenak mungkin mendapat ilham. Setiap
ilham atau idea yang diperoleh catatkan sebaik mungkin. Mungkin di masa
terdekat segala ilham yang diperoleh dan didapati tidak digunakan, tapi di masa
hadapan tidak pula kita ketahui. Lagi banyak yang kita catatkan lagi mudah buat
kita melakukan rujukan. Sediakan buka nota yang sentiasa mampu kita bawa ke mana
sahaja kita pergi.
v.
Pengalaman adalah guru yang terpenting. Ada
kebenarannya kerana dengan pengalaman ia nya mengajar erti kehidupan dan
mencegah kita melakukan kesilapan dan kesalahan yang berulang untuk dilakukan.
Ingatkan sentiasa kerana setiap pengalaman yang ditempuh bukan ada tercatat dan
tertulis dalam mana-mana buku untuk ditelaah dan dijadikan contoh.
vi.
Berdoalah dan jangan bila dah merasa sukar
dan susah baru nak berdoa terhegeh-hegeh nak minta apa yang dihajati. Bermula
dari sekarang! Minta apa sahaja yang dimahukan dan dikehendaki. Nak mudah
diperkenankan oleh Allah jangan sama sekali mengabaikan tanggungjawab kita
sebagai seorang Muslim. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang pastinya tidak
akan suka melihat hambanya sentiasa berada dalam kesusahan dan penderitaan
setiap masa.
Semuanya percuma sahaja
untuk kita peroleh. Bukan keluar modal pun. Dah free pergunakan
sebaik mungkin. Kadang-kadang yang percuma ini lebih bermanfaat dari kita
mengeluarkan wang ringgit beratus ringgit untuk mendapatkannya. Lakukan sebaik
mungkin. Setiap oportuniti bukan setakat mencari sasaran pelanggan sahaja
tetapi oportuniti untuk meningkatkan diri kita juga perlu diberi sama
perhatiannya. Per kemaskan diri seberapa banyak yang termampu agar setiap apa
yang ditempuh masih mampu untuk menghadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan