Sering kali berlaku kegagalan
sudah pasti kekecewaan dan putus asa sedikit sebanyak mula meresap dalam hati dan
sanubari. Tidak kira apa jua keadaan seperti berikut sama ada
i.
Mendapatkan temu janji
ii.
Mendapatkan penutupan jualan
iii.
Mendapatkan referral
Pada akhirnya kita akan
meninggalkan begitu sahaja. Membiarkan setiap peluang dan oportuniti hanya
disebabkan keengganan kita untuk bertanya apa sebabnya. Ini kah ini yang kita
mahukan dan adalah ini kaedah kita menjual?
Kalau ini yang kita lakukan
bermakna tugasan menjual kita akan menjadi sia-sia sahaja. Tak tahu apa
sebabnya akan menyukarkan kita melakukan muhasabah dan bedah siasat semula bagi
tujuan perbetulkan mana salah dan silap
kita. Jangan syok sendiri kerana semakin kita syok semakin gagal kerjaya dan
tugasan kita.
Sentiasa rajin membuka
mulut. Tak dapat penerimaan tawaran dari mereka mungkin bukan rezeki kita
namanya. Namun usaha perlu dilakukan kenapa boleh terjadi sebegini menanyakan
apa sebab utamanya sama ada kekurangan dari diri kita atau masalah apa yang
timbul dari mereka. Bertanyalah secara berhemah dan bersopan elakkan menyakiti
hati seseorang. Bila kita ikhlas dan jujur insyaAllah Allah akan turut membantu
kita walaupun tanpa kita sedari. Selagi tidak diketahui kenapa selagi itulah pembetulan
tugasan, skil dan kemahiran menjual masih lagi tidak dapat untuk diperbetulkan
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan