Sumber foto johneox.wordpress.com |
Bersemangat untuk
melakukannya. Tiada istilah kecewa dan putus asa. Semuanya dilakukan dengan
berlapang dada berfikiran terbuka. Semuanya mengharapkan keredaan dan
kerahmatan Allah tanpa henti berdoa dan beramal ibadat kepadanya. Segala-galanya
dilakukan dengan pengorbanan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Allah
menetapkan haram maka dijauhkan manakala yang halal dilakukan tanpa ada
sebarang bantahan. Jangan kata nak merungut nak membantah pun tidak sama
sekali. Semuanya diikut dengan penuh
kerelaan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Inilah yang
dilakukan Rasulullah dalam berdakwah. Tempat yang bermula dengan kejahilan dan
penentangan yang kuat terhadap baginda akhirnya bertukar kepada penubuhan
negara Islam dengan majoriti penduduk akhirnya memeluk Islam dan tertarik
dengan apa yang baginda Rasulullah tunjuk dan berikan. Semuanya dilakukan
secara ikhlas dan jujur tidak mengharapkan imbuhan, balasan dan ganjaran dari
manusia melainkan hanya semata-mata kerana Allah SWT sahaja.
Terapkanlah
apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam diri baginda untuk kita
melakukannya. Walaupun sebelum baginda diangkat menjadi Rasul, baginda terlebih
dahulu digelar ‘Al-Amin’ oleh orang-orang Jahiliah ketika itu. Baginda juga
turut terlibat melakukan perniagaan dan menjual sama sehingga ke negeri Syam sehingga
kejujuran dan amanahnya baginda dalam perniagaan menjadi tarikan pula kepada
jutawan Mekah ketika itu Khadijah meminang Rasulullah untuk menjadi suaminya.
Inilah pembinaan
asas kita melakukan jualan. Pembinaan dan pembentukan peribadi amat penting
dalam melakukan jualan dan perniagaan bagi memberikan keyakinan dan kepercayaan
orang ramai terhadap kita. Tolak dahulu kepentingan dan kemahuan kita terlebih
dahulu tapi sentiasa hulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka selesaikan
apa juga masalah yang mereka hadapi melalui produk yang bersesuaian kita
tawarkan.
Tuntutlah ilmu
lagi dan lagi. Kenalilah Rasulullah lebih mendalam lagi. Apa lagi yang boleh
kita tahu dan ikut apa yang Rasulullah telah buat dan lakukan. Sejarah atau
sirah Rasulullah pelajari sebaik mungkin. Kitab Syamail Muhammadiah karangan
Imam Nawawi dan kitab-kitab Hadis Rasulullah elok dimiliki sebagai bahan
rujukan. Lagi banyak kita tahu tentang Rasulullah lagi rapat dan lebih rindu
kita terhadap Rasulullah. Apa yang dipelajari praktikkanlah sebaik yang mungkin
bukan setakat ambil tahu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan