Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 5 Januari 2015

RAMUAN MENCAPAI KEJAYAAN




Mendapatkan makanan yang sedap dan menyelerakan sudah pasti memerlukan makanan yang sedap masakannya. Cukup segala resipinya dalam masakan tersebut. Makanan yang enak walaupun telah kekenyangan sudah pasti akan teringat-ingat akan kesedapan makanan tersebut. Itulah pentingnya resipi yang bagus sudah pasti akan memberikan kepuasan dalam menikmati makanan yang tersedia dan terhidang.

Jualan juga tidak terkecuali. Mencapai kejayaan sesiapapun boleh mengatakannya. Tapi apa ramuan dan resipinya hanya mereka yang berdisiplin sahaja mampu menterjemahkan kejayaan yang dimahukan secara realiti. Belum pernah lagi ditemui manusia mahukan kegagalan melainkan kejayaan sahaja yang diperlukan. Melakukan jualan bukan main hentam kromo sahaja tetapi memerlukan tindakan yang sepatutnya untuk dilakukan. Berfikir dahulu sebelum tindakan yang betul boleh dilaksanakan.
Apa yang dimaksudkan dengan ramuan dan resipi kejayaan yang perlu dilakukan ini adalah

1.    Berdisiplin dalam segala hal. Jangan ambil mudah tapi bersungguh melakukannya. Jaga masa, jaga janji, jaga tugasan dan jaga setiap apa yang dilakukan. Jangan mudah serahkan tugasan jualan pada pihak ketiga tapi sebaiknya lakukan secara bersendiri. Lebih baik melakukannya secara bersendirian supaya kita sendiri tahu apa yang kita lakukannya.

2.   Sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah. Berdoa jangan diketepikan minta dan mohon pada Allah agar per mudahkan dan senangkan segala tindakan yang kita lakukan. Jangan takbur dan bongkak kerana semua yang kita lalui dan lakukan adalah atas ihsan dan rahmat dari Allah juga. Jadilah seorang yang sentiasa mengharapkan redha Allah akan apa juga yang kita lakukan di muka bumi ini sentiasa dikira sebagai satu amalan ibadat kita kepada Allah walaupun sedang bertugas melakukan jualan.

3.   Menjadi pakar dalam bidang yang kita lakukan. Sentiasa agresif melakukannya agar pengalaman mengalaminya semakin mematangkan kita melakukan jualan. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman yang ada tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak dipenuhi. Sentiasa belajar dan pelajari setiap hari. Jangan berhenti belajar kerana ilmu yang ada tidak pernah kering sama sekali. Gali dan cari apa juga ilmu yang kita mahukan.

4.   Jaga hubungan dengan mereka secara akrab. Kawan yang rapat sudah pasti akan membantu diri kita semula. Tidak disukarkan tapi dipermudahkan. Itulah nama kawan yang akrab berbeza dengan kenalan begitu sahaja. Jangan bila penutupan jualan telah diperoleh kita tinggalkan mereka langsung tidak diambil tahu. Ambillah sedikit masa agar sentiasa jalinan silaturahim berkekalan dengan bertanya khabar dan berita.

5.   Peka pada kehendak dan kemahuan mereka. Bantu mereka tolong selesaikan permasalahan melalui produk yang ditawarkan. Tunjukkan dan maklumkan bagaimana produk yang ditawarkan sememangnya mampu dan boleh untuk berikan penyelesaian pada masalah mereka.


Lakukan demi karier dan masa depan kita. Bukan ikut orang lain tapi ikut kata hati kita yang mahukan kejayaan dilakar dalam kehidupan pada diri kita sendiri. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jangan berhenti di tengah jalan kerana setiap apa yang kita lakukan tidak ada jalan mudah untuk ditempuhi. Berhadapan dengan segala masalah, cabaran dan dugaan yang mendatang dengan sabar dan tabah. Sudah pasti apa yang kita mahukan akan kita anggap sebagai satu perkara yang wajib kita hadapi juga. Itulah asam garam bila melakukan jualan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan