Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 8 Januari 2015

TAKUTKAH KITA PADA PESAING




Adat bersaing pasti akan menimbulkan kemarahan, kebencian dan rasa meluat yang amat sangat kepada pesaing. Inilah realiti yang berlaku hari ini. Walaupun telah lama berkawan dan bersahabat kadang-kadang boleh menjadi tidak bertegur sapa pula hanya disebabkan persaingan. Habis segala baik kita dan mereka hilang begitu sahaja hanya disebabkan menjual dan bersaing mendapatkan pelanggan dan kondisi pasaran yang sama.

Belajar untuk mengelak dari mempunyai sikap dan perasaan buruk sangka kepada pesaing. Suka atau tidak pasti kita kena bersaing juga. Realiti memang menyusahkan dan menyukarkan tindakan kita. Berlapang dadalah dan terima dengan hati yang terbuka bahawa bukan kita seorang sahaja yang menjual. Orang lain juga mahukan seperti kita akan apa yang dilakukan. Hadapilah pesaing dengan sebaik mungkin dengan cara

i.             Elakkan bersikap dendam dan khianat
Berkongsi kek yang sama dan elakkan tamak dan pentingkan diri sendiri. Sentiasa fikirkan orang lain pun nak makan sama apa yang kita nikmati selama ini. Gunakan kreativiti dalam menjual akan penonjolan diri kita menjual sentiasa mendapat kepercayaan dan keyakinan orang ramai pada kita. Bila kita berdendam dan mengkhianati orang lain asyik itu sahaja yang kita fikirkan bukan lagi menumpu pada bidang jualan yang mahu kita lakukan. Bersihkan diri ke jalan Allah agar Allah sentiasa memberikan kita hidayah melakukan tugasan dan pekerjaan sebaik yang mungkin.

ii.           Mulut dan hati jangan perkatakan yang bukan-bukan
Memburuk-buruk orang amat dilarang dan ditegah apatah lagi membuka aib orang lain. Begitu jugalah dengan pesaing. Jangan sama sekali kita memburuk-burukkan  dan mengatakan yang bukan-bukan berkenaan pesaing pada siapa pun juga mahukan di hadapan bakal pembeli apabila menjual. Ingatlah kita lakukan jualan sekarang ini Allah sentiasa menutup aib kita pada orang lain jadi kenapa perlu kita membuka aib orang pula. Sama-sama cari makan. Berilah tumpuan dan fokus pada apa yang kita lakukan selama ini dalam menjual agar tindakan kita lebih tersusun dan bersahaja dalam melakukannya.

iii.          Bersangka baik
Berfikiran positif jangan difikirkan yang bukan-bukan. Andai kata kita ketahui pesaing telah memburukkan kita pastikan jangan kita lakukan sama seperti mereka. Berdoalah sentiasa ke hadrat Allah. Bukankah doa itu senjata orang-orang mukmin? Pergunakanlah sebaik yang mungkin doa kan agar Allah sentiasa memberikan hidayah dan kesedaran kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan kembali ke pangkal jalan. Berdoalah sungguh-sungguh kerana Allah pasti akan mengabulkannya.

iv.          Jangan takut
Kenapa perlu takut, risau dan bimbang pada pesaing. Mereka juga seperti kita. Sama-sama nak makan dan menikmati keuntungan seperti kita. Bersainglah secara sihat dan jangan sama sekali jatuh menjatuhkan antara seorang dengan yang lain. Buktikan dengan kesungguhan dan kegigihan kita dalam menjual. Selagi kita takut pada pesaing selagi itulah kita pasti tidak akan ke mana.

Tawarkan bukan pada produk tapi apa kelebihan yang terdapat pada produk secara lebih lengkap, mudah difahami dan berbeza dengan pesaing. Berikan tahap perkhidmatan yang lebih baik dari pesaing. Tunjukkan dan tonjolkan keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan jualan. Sasarkan pelanggan yang betul dan dimahukan mengikut kemampuan dan kemahuan mereka. Berdoa sentiasa ke hadrat Allah agar apa yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan dan jangan sama sekali disukarkan. Bantuan Allah amat penting untuk kita serahkan diri pada Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan