Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 20 Januari 2015

KENAPA PERLU DITANGISI


Sumber foto - xmedia.ex.ac.uk


Apa yang telah dilalui terima dengan berlapang dada setiap kegagalan dan kekecewaan yang dihadapi. Jangan dibiarkan apa yang telah dilalui menghantui pemikiran kita. Jangan sama sekali membiarkan bayangan tersebut terus terpahat pada diri kita untuk bergerak semula. Berapa lama perlu meratap dan menangisi kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan? Bersedih kerana mengingati masa lalu sama sahaja seperti meletakkan diri berada di dalam tragedi, bala bencana, musibah dan kemelut yang dahsyat dan menakutkan seperti tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Berfikirlah secara positif. Bersangka baik. Rasulullah sememangnya menuntut kita bersangka baik setiap apa yang kita lalui. Buat semua kegagalan dan kekecewaan yang dilalui seperti tiada ubatnya untuk dipulihkan semula. Lihatlah seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman Bin Auf yang berhijrah ke Madinah tanpa satu sen pun di tangannya hanya disebabkan penyerahan segala harta benda dan kemewahan beliau kepada puak-puak jahiliah ketika itu.

Apa yang berlaku muhasabah semula. Sepatutnya jadikan sebagai satu pengajaran dan iktibar buat diri kita sendiri sebagai satu manfaat berguna perbetulkan semula apa yang telah dilalui. Selagi kita bersedih dan merasa kecewa selagi itu kita tidak mampu untuk bergerak mencipta kejayaan. Garisan permulaan telah pun kita lalui kenapa perlu berhenti di tengah-tengahnya pula padahal garisan penamat hanya di hadapan sahaja. Allah anugerahkan otak untuk kita berfikir bukan mengikut emosi. Berfikirlah sebaik mungkin perbetulkan mana yang silap mana yang salah.

Dalam menjual tiada siapa boleh melalui jalan yang lurus sahaja. Pasti ada bengkang bengkoknya termasuk terpaksa berpatah melalui jalan yang lain pula disebabkan pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Terimalah apa sahaja kegagalan yang ditempuhi sebagai satu pengajaran dan pengalaman paling manis buat diri kita mendidik menjadi seorang yang lebih matang melakukan jualan. Sekali kita gagal bukan bermakna gagal selama-lamanya. Bangkit semula harungi apa yang ada di hadapan menjadi diri semakin tabah, sabar dan tenang berwaspada setiap masa dan ketika. Barulah kejayaan akan hadir jua suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan