Sumber foto - bobo.kidnesia.com |
Sememangnya kita di saran dalam setiap perbuatan kita mengingati Allah amat di tuntut. Bukan sekadar solat sahaja baru nak ingat pada Allah tetapi dalam apa juga keadaan dan situasi penyebutan Allah kena ada tersemat bukan sahaja pada mainan pergerakan mulut tetapi juga dalam hati tersemat sama. Tidak kiralah semasa melakukan apa juga tugasan yang dilakukan walaupun sedang melakukan jualan.
Nak Allah sentiasa
menolong dan membantu kita, acap kalilah kita perlukan ingatan kepada Allah.
Biasakan diri sentiasa ingat kepada Allah. Semakin hampir kita kepada Allah
semakin dekatnya Allah pada kita pula.
9 kalimat yang
maksudkan ini supaya menjadi amalan dan tabiat dalam diri kita jika berlaku apa
juga keadaan dan situasi adalah
1.
Bismillahirrahmannirrahim -Setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara atau
pekerjaan
2.
Alhamdulilah -Setiap apabila selesai atau habis melakukan sesuatu apa
juga yang dilakukan termasuk makan minum
3.
Astagafirullah - Jika melakukan, menemui atau terjumpa sesuatu yang
buruk berlaku dihadapan mata atau terdengar berita yang disampaikan.
4.
InsyaAllah - Jika ingin melakukan sesuatu yang pasti pada masa yang
akan datang dan bukannya memberi harapan yang palsu kepada seseorang
5.
MasyaAllah – sesuatu yang diluar dugaan berlaku
6.
Laa hawla walaaquwwata illaah billaah - Bila tidak dpt melakukan sesuatu yang agak berat atau
menerima sesuatu perkara yang sukar, dan buruk.
7.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun -Jika melihat dan menghadapi musibah atau menerima khabar
kematian. Mencari sesuatu yang hilangpun digalakkan untuk mengucapkannya
8.
Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya
9.
Salawat atas nabi – ucapan apabila kita terlupa sesuatu semasa berbicara
Amalkan setiap masa
dan ketika. Mengucap Allah setiap masa seperti kita berzikir terhadap Allah
walaupun di masa yang sama sedang melakukan jualan dan berinteraksi dengan
orang ramai. Mencari keredaan dan keberkatan semasa melakukan tugasan merupakan
satu ibadah yang amat-amat dituntut. Di dunia kita amalkan sudah pasti di
akhirat nanti ganjarannya akan kita peroleh tanpa kita sangka dan duga.
(Sumber : Dari mesej yang diterima. Semoga Allah memberi
ganjaran dan kebaikan dunia dan akhirat sewajarnya kepada penulis ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan