Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 19 Januari 2015

AJL 29 – ADA YANG BOLEH DI PELAJARI




Rancangan penyiaran TV yang paling hot ditonton masa kini adalah Anugerah Juara Lagu (AJL) yang disiarkan secara langsung di TV3. Sememangnya menjadi tumpuan maklumlah hiburan yang memaparkan kehadiran artis-artis yang begitu berbakat di pentas utama. Semua mata menonton dengan begitu khusyuk dan asyik sama sekali. Menantikan pada penghujungnya siapa yang mampu untuk menjadi juara mutlak pada akhirnya.

Perhatikan sahaja. Sememangnya banyak yang boleh diambil untuk ditiru dan diikuti oleh kita yang melakukan jualan. Merangsang satu idea dan ilham memberikan pendapat yang baik untuk diikuti. Apa yang dimaksudkan adalah

1.    Penampilan diri
Begitu anggun mempamerkan dan memperagakan pakaian. Semuanya di taja. Bukan bermakna kita yang nak menjual mendapatkan tajaan tetapi sebagai seorang yang menjual penampilan diri amat penting untuk dititikberatkan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah. Kalau artis sanggup menghiaskan diri mereka untuk tatapan orang ramai kenapa kita tidak mampu hanya semata-mata mendapatkan perhatian dan tarikan bakal pembeli kepada kita? Jangan lupa pada aurat......

2.   Kesungguhan
Masing-masing mencuba tenaga yang cukup luar biasa persembahkan nyanyian yang didendangkan. Bersungguh melakukannya sebelum keputusan akhir diumumkan. Selagi belum kalah mencuba sedaya upaya terlebih dahulu. Tidak menyerah kalah sewenang-wenangnya. Inilah yang perlu diterapkan dalam melakukan jualan. Kesungguhan dan bersungguh-sungguh melakukan walaupun ada orang lain turut sama bersaing dengan kita.

3.   Persiapan
Setiap artis yang bertanding telah dan sudah melakukan persiapan yang rapi dan memastikan tiada kesilapan dan kesalahan boleh berlaku. Persiapan itu penting sejajar dengan perancangan yang dimahukan. Tanpa persiapan yang rapi dan jitu sudah pasti menjadi pincang dan hancur pula jadinya nanti di tengah pentas. Jualan juga begitu. Persiapan amat penting jangan diabaikan sama sekali. Terus-terusan lakukan sebaik mungkin setelah segala persiapan dilakukan dengan berhati-hati dan berwaspada.

4.   Kreativiti
Tarik perhatian orang yang melihatnya dan mengadilinya dengan segala kreativiti yang ada. Elakkan mereka menjadi bosan menontonnya tapi cukup boleh mempengaruhi dengan segala kreativiti yang ada. Jualan juga perlu kepada kreativiti sebaik yang mungkin. Di dunia persaingan yang dihadapi kena ada kreativiti menunjukkan betapa bersungguhnya kita melakukan jualan sebagai satu tarikan dan kepercayaan mereka terhadap kita.

5.   Keyakinan
Yakin diri tiada gugup amat diperlukan. Semuanya bergantung pada apa persiapan kita melakukannya. Lihat artis yang mendendangkan lagu. Mendapatkan perhatian penonton kena  yakin diri terlebih dahulu langsung tiada kegugupan ditunjukkan dan ditonjolkan sama sekali. Begitulah hebatnya mereka mengalunkan lagu yang dipertandingkan. Menjual bila berhadapan dengan siapa pun juga kena ada yakin diri juga. Siapa pun yang berhadapan dengan orang bila melihat seseorang yang bercakap dan bertutur dengan yakin sudah pasti sedikit sebanyak sudah mampu menarik perhatian mereka terhadap kita.

Contoh yang boleh kita lakukan untuk ditiru dan diambil mana yang positif buat diri kita yang melakukan jualan. Setiap pengajaran dan iktibar yang baik ambil semuanya buat diri kita sebagai satu amalan yang boleh kita pergunakan sebaik mungkin buat diri kita. Bukan senang nak ambil perhatian dan minat pada kita yang menjual melainkan mereka merasa yakin dengan apa yang kita sampaikan pada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan