Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 10 Januari 2015

MENDAPATKAN PELANGGAN SEGERA


Sumber foto - annemariecross.com


Umpama mee segera, semuanya nak cepat dan pantas. Apa hasil sekalipun nak disegerakan. Ini yang memeningkan orang yang menjual kerana bila dikatakan nak menjual kena bertindak cepat dan pantas untuk mendapatkan hasil segera yang dimahukan. Semuanya bergantung kepada pelanggan sama ada mahu atau tidak untuk menerimanya.

Nak hasil yang cepat dan tepat perlu kepada sasaran yang betul. Hanya yang betul sahaja memberikan keputusan akhir pada kita menerima tawaran yang dikemukakan. Jangan bertindak membabi buta dan liar begitu sahaja. Sasaran kena lakukan dengan betul sebetul-betulnya agar di kemudian nanti tiada menyesal pula akan berlaku dan terjadi.

Dalam kita mahu mendapatkan pelanggan yang segera yang sudah tentunya memberikan jawapan YA kepada apa yang ditawarkan. Terdapat 4 jenis pelanggan yang perlu kita hubungi dan bertemu dengan mereka. 4 jenis pelanggan ini kemungkinan untuk menerima tawaran kita mempunyai peluang yang besar adalah

1.    Pelanggan sedia ada
Setiap orang yang menjadi pelanggan kita perlu disimpan segala data-datanya. Mudah di masa hadapan nanti kita mampu melakukan jualan berulang kepada mereka lagi dan lagi. Sekali mereka percaya dan seronok dengan produk yang diterimanya, kepercayaan mereka sukar untuk dilunturkan dan pasti apa yang kita jual selepas ini akan memudahkan lagi tugasan kita dalam menjual.

2.   Kenalan
Sememangnya mereka telah mengenali kita. Tidak kiralah rakan sekolah, jiran tetangga dan sanak saudara pasti akan mudah menerima apa juga kita tawarkan asalkan produk yang ditawarkan benar-benar mengikut kemahuan dan keperluan mereka. Sikap tolong-menolong dan bantu-membantu pasti lebih memudahkan lagi. Pergunakan sebaik mungkin.

3.   Referral
Jangan berat mulut untuk ditanyakan kepada mereka. Katakan nama mereka yang memberikan kepada kita pada referral yang dihubungi. Keyakinan dan kepercayaan mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan prospek yang dihubungi yang langsung tidak mengenali kita. Penting buat kita agar jangan malu untuk bertanya dan meminta.

4.   Diperkenalkan
Tindakan terbaik minta mereka kenalkan kenalan atau saudara mara kita secara berhadapan. Bukan minta nama tapi diperkenalkan terus kepada kita secara bertentang mata. Lebih yakin dan memudahkan mereka untuk percaya. Pastikan kita tidak gubra dan menggelabah tak tentu hala pula.

Pergunakan sebaik mungkin. Jangan mudah melatah pula. Nak hasil cepat kena cari orang yang dah kenali kita terlebih dahulu. Kerana itu bila orang dah kenal kita seorang yang menjual jangan ambil kesempatan dan menipu orang lain. Nanti sampai kiamat pun orang takkan percaya kepada kita. Ikhlas dan jujur bila menjual sampai bila-bila nanti orang akan lebih mempercayai kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan