Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 30 September 2014

PASTIKAN ADA MINAT





Apa yang diceburi semuanya kena sama dengan minat kita. Umpama seseorang yang menyuruh kita berlari 100 meter kalau kita minat sudah pasti sampai juga ke garisan penamatnya walaupun dalam keadaan merangkak. Namun kalau kita tidak minat melakukannya sudah pasti kita melihat garisan penamat tersebut umpama 1 kilometer jauhnya. Begitulah bezanya antara orang yang berminat dengan tidak. Minat mahu melakukannya sudah pasti akan sampai ke penghujungnya begitulah juga kalau tiada minat untuk melakukannya sudah pasti akan berdiri tegak memeluk tubuh berseorangan diri begitu sahaja. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.

Nak lakukan jualan kena ada minatnya. Tanpa minat apa yang dilakukan sudah pasti memboringkan dan hilang selera untuk melakukan. Apalah gunanya kalau dilakukan secara terpaksa atau memaksa? Dalam hati sudah pasti Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya betapa memberontaknya kita untuk melakukannya. Buang duit buang masa dan buang tenaga sahaja kalau tetap kita melakukannya. Bukankah itu satu kerugian namanya.
Pastikan kalau mahu melakukan jualan kena ada minatnya. Bukan semberono dan bukan cakap kosong sahaja. Jangan sama sekali lakukan perkara-perkara berikut yang belum tentu lagi menghasilkan minat sama ada

i.             Ikut apa yang dilakukan oleh orang lain

ii.           Tamak nak dapatkan kononnya tambah pendapatan dan keuntungan

iii.          Semuanya nak serba cepat dan pantas menjadi kaya

iv.          Jangan paksa diri kita tapi berfikir sedalam-dalamnya

v.            Mudah ikut trend dan suasana sekeliling

vi.          Terpengaruh dengan ajakan dan bisikan orang

vii.        Pentingkan diri kita sahaja tanpa memikirkan kemampuan untuk melakukannya

Berfikirlah sebaik mungkin. Lakukan bila kita benar-benar minat untuk melakukannya. Jangan seperti sekali air bah sekali pantai berubah atau hidup sekadar menjadi lalang, di tiup di kiri kita ke kiri dan sekali di tiup ke kanan ke kanan pula kita mengikutinya. Biar ada pegangan dan pendirian yang kukuh apabila melangkah kaki ke alam jualan. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Itulah tindakan yang sebaik-baiknya.

Read more >>

Isnin, 29 September 2014

SEJAUH MANA BISNES KITA?




Majoriti memulakan bisnes bila timbul satu perasaan geram dan cemburu atas kejayaan seseorang melakukan bisnes dengan  jayanya. Syok betul kalau kita tahu seseorang itu boleh berjaya dalam bisnes yang diceburinya. Perubahan taraf hidupnya, percakapannya asyik ke arah bisnes dan sering berkawan dengan orang yang sama berjaya dengan dirinya semuanya mampu mempengaruhi kita untuk melakukan bisnes. Ditambah pula orang bisnes sering kali memperkatakan tentang satu hadis Sabda Rasulullah yang membawa maksud ‘9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan’ (Hadis Riwayat Tirmizi). Lagi membuatkan kita bertambah goyang pendirian untuk turut sama menceburi bisnes seperti mereka.

Inilah masalah kita. Mudah terpengaruh dan merasakan seperti amat mudah untuk melakukannya. Bila dah mula lakukan mulalah pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi tanpa kadang-kadang kita duga dan fahami. Dah rasa susah datanglah pula keluhan dan rintihan hati merasakan orang yang berjaya itu memang nasibnya baik dan sentiasa ramai yang mahu membantu untuk mereka mencapai kejayaan. Inilah masalahnya, bila seseorang dalam kesukaran dan kesusahan tiada siapa ambil peduli dan tahu biarkan begitu sahaja beliau menghadapinya tapi bila dah berjaya barulah kita mudah buka mata kehairanan bagaimana beliau melakukannya. Nampak sangat kita terlalu sibuk nak tahu macam mana dia berjaya melakukannya dari mengetahui apa kesusahan dan kesukarannya bagaimana dia boleh dan mampu untuk melakukannya.

Nak jalan pintas dan senang sahaja orang kita. Kerana itulah kita cukup mudah ditipu begitu sahaja seumpama kes-kes pelaburan skim cepat kaya. Semuanya nak untung banyak tapi tak mahu usahakan secara bersungguh-sungguh. Sekarang ramai yang pula yang menjual dengan jualan online hasil garapan penceramah-penceramah bisnes online yang ada di Malaysia. Ditunjukkan cek, penyata akaun yang banyak bakinya dan memudahkan kehidupan siang dan malam menjadi tarikan besar kepada siapa pun yang melihatnya. Tak perlu lakukan ini dan tak perlu lakukan itu semuanya duduk relak, tidur dan makan sahaja diuar-uarkan. Kayanya tetap mereka dan kita masih begitu juga walaupun mungkin ratusan mahupun ribuan duit kita hilang macam itu sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Sedangkan Rasulullah menyarankan kita untuk berusaha bukan mengharapkan perolehan boleh datang begitu sahaja.

Berusahlah. Tidak kira perniagaan secara konvensional ataupun online semuanya kena ada usahanya. Bukan mengharap dan menyalahkan orang lain bila tidak berjaya. Berfikirlah secara waras dan jangan mudah terpengaruh perkara-perkara yang dikatakan mudah untuk dilakukan. Kempen orang menjual memang sentiasa ceritakan yang indah-indah sahaja bagi tujuan menarik perhatian dan minat kita tapi secara realitinya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Nak lakukan bisnes fikirkan sedalam-dalamnya bukan kerana rayuan mereka, promosi mereka mahupun atas simpati kita pada mereka. Mulakan bisnes secara kecil-kecilan dalam mencari ruang membesarkan lagi bisnes kita. Berfikirlah sebaik mungkin.
Read more >>

Ahad, 28 September 2014

4 TINDAKAN MEMASTIKAN BISNES BERKEMBANG MAJU



Bagi mereka yang telah melakukan bisnes pasti akan mengharapkan bisnes yang dikemudikan boleh berkembang maju dan meningkatkan lagi perolehan yang didapati. Mustahil jika ada yang mengatakan bahawa cukup lah sekadar apa yang ada atau ok lah ni janji boleh hidup sudahlah. Mungkin di hadapan sahabat handai dan kawan-kawan yang rapat berkata sedemikian tapi di sudut hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa bisnes yang dijalankan perlu dipertingkatkan lagi.

Terdapat 4 langkah utama bagi memastikan bisnes yang dijalankan terus mampu untuk berkembang maju dan boleh dipertingkatkan lagi perolehan yang diinginkan. 4 tindakan ini adalah

i.             Menjaga perkhidmatan dan silaturahim bagi mereka yang telah menjadi pelanggan kita. Dari mereka jualan berulang boleh diperoleh. Menjaga perhubungan dan silaturahim amat penting kerana hebahan mulut promosi percuma ini kalau mereka lakukan akan memberikan impak positif kepada bisnes kita. jangan sibuk nak menjual sahaja tapi perhubungan keakraban kita langsung tidak pula kita jaga. Alangkah ruginya jika perkara sebegini berlaku kepada kita.

ii.           Pemasaran yang dilakukan jangan berhenti di tengah jalan. Walaupun dah berjaya kena teruskan lagi dan lagi. Jangan pernah kata berhenti ataupun untuk berehat seketika. Pemasaran paling mudah seperti kain rentang, penampalan poster dan pengedaran flyers mesti perlu diteruskan . Biar di pasaran tahu yang kita sentiasa wujud untuk menjual dan kemukakan promosi-promosi baru kepada mereka.

iii.          Setiap produk ada tempoh jangka masa hayatnya bergantung pada sambutan dan kehendak pelanggan. Bagi menarik perhatian dan penggunaan produk sesuatu yang inovatif perlu dilakukan baik dari segi produk mahupun dari segi promosinya. Kreativiti dan melakukan lebih baik dan elok dari pesaing amat-amat dituntut agar bakal pembeli mahupun pelanggan yang sedia ada tidak mudah lari begitu sahaja.

iv.          Menjaga hubungan dengan Allah. Sentiasa menjaga amal ibadat dan lakukan apa yang dituntut dalam agama agar perhubungan kita dengan Allah dapat dijaga dengan begitu baik sekali. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, solat dilakukan tanpa tidak meninggalkannya, sering kali bersedekah dan memastikan zakat dibayar mengikut masa yang ditetapkan. Kita menjaga Allah sudah pasti Allah akan menjaga semula pada kita. Yakinilah dengan segala janji Allah kepada kita.

Lakukan dengan sebaik mungkin. Satu perkara yang bukan senang untuk pertahankan apa tah lagi untuk per tingkatkan lagi bisnes yang dilakukan. Melakukan tindakan yang betul sudah pasti memberikan kesan dan impak yang betul pada segala bisnes kita dan begitulah sebaliknya jika tidak dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh. Komitmen dan kesungguhan di samping keikhlasan perlu diwujudkan sentiasa agar pelanggan tidak lari dan bertukar kepada pesaing kita pula.



Read more >>

Sabtu, 27 September 2014

PENJUAL SERING DI PERHATIKAN




Pelbagai gelagat boleh disaksikan dalam orang yang melakukan jualan. Ada kalanya cukup kelakar, menghiburkan, serius dan ada juga yang menyedihkan. Semua itu bagaikan sebuah lakonan bagaimana untuk menarik perhatian dan minat orang untuk terus menerima tawaran yang ditawarkan. Pelbagai strategi, cara dan kaedah ditunjukkan asalkan produk mampu laku dan mendapat sambutan. Itulah detik waktu yang paling menyeronokkan dan menggembirakan kita.

Fikirkan bahawa setiap perbuatan dan tindakan kita semuanya diperhatikan orang. Dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya menyaksikan apa yang kita lakukan. Apa yang diperkatakan dan dilakukan menjadi satu yang perlu dijaga dengan baik dan profesional. Jangan hanya kemukakan penampilan yang terbaik sahaja tapi dari segi perbuatan, apa yang dipertuturkan dan tindakan adalah sama pentingnya dengan penampilan yang kita tunjukkan. Jangan terlalu yakin apa yang kita lakukan semuanya adalah betul dan  benar diterima oleh semua orang. Bukankah segala tindakan dan tingkah laku menggambarkan akhlak kita? Berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan.

Lakukanlah dengan keikhlasan dan jujur sejujurnya. Orang hanya akan mengenali kita apabila mereka telah menjadi pelanggan kita. Sebelum menjadi pelanggan mahupun selepas pastikan segala akhlak dan perangai kita  perlu dijaga rapi. Jangan biarkan perangai tidak baik kita di hadapan orang. Sudah pasti dalam sekelip mata orang akan hilang kepercayaan mereka terhadap kita begitu sahaja. Berhati-hati dan berwaspada sentiasa agar apa juga yang kita lakukan dalam jualan orang akan sentiasa hormat dan mahu mendengar apa sahaja yang kita perkatakan.

Dari Abdullah bin Amru  berkata: Nabi  tidak pernah berbuat keji pada diri sendiri dan tidak pula berbuat keji kepada orang lain. Beliau bersabda: “Sesungguhnya termasuk sebaik-baik antara kamu semua adalah yang paling baik akhlaknya” (Hadis Riwayat Bukhari). Jagalah akhlak sebaik-baiknya kerana bukan setakat Allah sahaja yang memperhatikan Nya tetapi manusia sekeliling juga tetap memerhatikannya juga.


Read more >>