Bagi mendapatkan dan memudahkan hebahan mulut ke mulut ini berlaku pergerakannya dengan cepat tersebar umpama angin yang bertiupan di sekitaran kehidupan anda semua, apa yang perlu kita lakukan supaya lebih memudahkan lagi penjualan produk yang di tawarkan di terima oleh orang lain secara mudah dan senang adalah seperti berikut :
i. Memastikan yang layanan dan perkhidmatan yang kita tawarkan adalah mengikut kehendak dan kemahuan pelanggan itu sendiri
ii. Layanan perlulah baik dan elok tidak kira sesiapapun kita bersua atau berhadapan dengan mana-mana pelanggan
iii. Penerangan yang telus dan tulus di berikan ke atas produk yang di tawarkan dan mudah di fahami dan di terima
iv. Menawarkan perkhidmatan yang memudahkan seseorang tidak menyusahkan dan memeningkan kepala
v. Mudah di perolehi di mana-mana dengan perkhidmatan yang sama di semua tempat yang di tawarkan
vi. Mendapatkan kepercayaan pelanggan ke atas diri kita
vii. Memberi kesan yang cukup mendalam kepada pelanggan tersebut di sebabkan cara baik dan berhemah kita kepada pelanggan
Oleh itu pastikan bermula dari hari ini tindakan yang betul memberikan pulangan yang berterusan kepada kita.
Apabila mendapat seorang pelanggan jangan sama sekali di biarkan begitu sahaja.
Ambil kesempatan ke atas pelanggan sentiasa bagi hebahan mulut pelanggan itu sendiri sebarkan apa yang telah kita tawarkan kepadanya.
Niat yang betul, tindakan yang di gemari orang, pasti membuahkan hasil yang lumayan balik kepada kita.
Sukar melakukan Jualan akan menyukarkan semula kepada kita mendapatkan pelanggan yang tidak di sangka-sangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan