Kenapa Kad Perniagaan ini begitu meluas di gunakan oleh orang yang melakukan Jualan???
i. Amat mudah untuk di bawa ke mana sahaja
ii. Sebagai satu alat yang cukup mudah apabila bertemu dengan seseorang untuk memperkenalkan diri kita terutama yang pertama kali bersua atau bertemu
iii. Meyakinkan penerima kad perniagaan siapa kita sebenarnya
iv. Tidak perlu bercerita lebih panjang lebar atau secara mendalam latar belakang dari mana kita datang dan mewakili organisasi mana
v. Mudah di masa hadapan untuk mereka-mereka yang menerima kad perniagaan kita menghubungi kita semula.
vi. Kos yang murah dan menjimatkan
Bakal-bakal pelanggan akan mudah merasa gembira/seronok/yakin kepada anda jika anda menghulurkan Kad Perniagaan anda sendiri kepada beliau. Bakal pelanggan juga agak mudah untuk anda dampingi bagi memaklumkan kepada mereka akan produk-produk yang anda tawarkan baik semasa kita bertemu dengan mereka ataupun mereka menelefon anda semula di waktu mereka memerlukan perkhidmatan anda nanti.
Ini bermakna di mana juga anda berada, sila pastikan Kad Perniagaan anda juga sentiasa berada di sisi anda umpama Hand phone anda juga yang sentiasa anda bawa ke hulu dan ke hilir ke mana sahaja anda pergi. Bagi orang lelaki mungkin boleh meletakkan sedikit di dalam dompet anda. Bagi perempuan boleh meletakkannya pula di dalam beg tangan anda juga. Bukan untuk itu sahaja, mungkin di atas meja pejabat anda, di dalam kereta anda mahupun di dalam ‘Sales Kit’ anda juga perlu di letakkan Kad Perniagaan anda.
Kesimpulannya, banyak kebaikannya dari keburukannya dan kemudahan yang bakal anda perolehi apabila anda benar-benar mengedarkan Kad Perniagaan anda tidak mengira siapa jua penerimanya di mana jua anda bersua dengan orang. Teruskan usaha untuk mendapatkan ‘leads-leads’ baru yang ada bagi memudahkan lagi tugasan anda setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan