Jadi apakah sumber terbaik untuk mendapatkan ‘leads’ yang di kehendaki? Cukup kah hanya dengan Prospek yang mudah di dikenali dan mudah di telefon sahaja untuk dihubungi? Adik beradik kita? Saudara-mara kita? Jiran tetangga kita? rakan-rakan semasa kita belajar dahulu? Atau sahaja daripada mengharapkan pelanggan yang entah di mana kenal ataupun tidak perlu di hubungi? Kadang-kadang kita mungkin terlupa atau tersisih namanya untuk kita menghubunginya semula. Jadi jawapan kepada soalan ini sebenarnya, bagi memudahkan tugasan kita mendapatkan ‘Leads’ yang di perlukan dengan cepat dan segera tindak balasnya adalah sebenarnya dari PELANGGAN YANG SEDIA ADA di tempat anda. Itu sahaja.
Kenapa PELANGGAN-PELANGGAN YANG SEDIA ADA ini merupakan ‘Leads’ yang terbaik untuk anda menghubunginya semula?
Ini adalah kerana
i. Pelanggan telah pun mengenali anda dan organisasi tempat anda bertugas
ii. Anda telah pun melakukan tugasan terbaik kepada mereka dan mereka amat menyukai dan menerima anda
iii. Tahap kesetiaan mereka adalah tinggi kepada organisasi kita
iv. Amat menghormati anda dan menyukai produk yang telah di tawarkan
v. Mereka telah menggunakannya dan menerimanya dengan hati yang terbuka
vi. Tidak perlu lagi menjual dan menerangkan lebih mendalam dan panjang lebar lagi kerana mereka tentu akan menerimanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan