Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 14 Ogos 2011

Pengetahuan Produk (Product Knowledge)

Sebelum kita melangkah bertemu Prospek/Bakal pelanggan/Pelanggan perkara utama yang perlu ada sebagai senjata utama adalah pengetahuan dan mengetahui secara mendalam tentang Produk-produk yang ingin di tawarkan.

Menjadi seorang yang ingin menjual, pengetahuan ini amat-amat di tuntut dan menjadi satu amalan yang di mestikan sebelum kita bertemu dengan sesiapa juga sebagai satu bahan kempen.

Kepentingan ‘Product Knowledge’ ini adalah untuk

i.                     Memudahkan diri kita memberi satu sesi penerangan dan kefahaman yang jelas, padu dan ringkas apabila bertemu dengan Prospek/Pelanggan

ii.                   Melakukan jualan secara YAKIN, TENANG dan BERSAHAJA dan tidak menggelabah dan tergagap-gagap bila berhadapan dengan sesiapa jua.

iii.                  Membuktikan juga kepada Prospek/Pelanggan yang kita benar-benar mahir dan tahu apa kita perkatakan

iv.                 Satu senjata yang boleh di per gunakan bagi menangani bangkangan Prospek/Pelanggan yang masih tidak tahu ataupun tahu dari kebaikan produk pesaing

v.                   Sebagai satu jalan memujuk Prospek/Pelanggan tentang kebaikan Produk yang di tawarkan

vi.                 Perujuk bergerak di dalam diri kita bagi memudahkan Prospek/Pelanggan/Rakan sekerja bertanya lebih lanjut lagi walau di mana juga kita berada

vii.                Tahu yang perlu di perkatakan pada waktu dan masa yang bersesuaian kerana setiap pelanggan yang di temui tidak mungkin sama dan jauh berbeza antara satu sama yang lain.

Oleh itu, pastikan sebelum kita bertemu dengan pelanggan, ‘Product Knowledge’ ini perlu di miliki dan di fahami dengan segera dan bertanya kepada sesiapa yang lebih mahir jika terdapat masalah dan kefahaman. 

Kebiasaannya pelanggan akan cepat menilai seseorang yang menjual itu memberikan info yang tepat, benar dan jujur dengan hati yang terbuka. 

Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Lakukan lah sesuatu pekerjaan itu dengan pengetahuan yang mendalam dan arif supaya kita tidak sukar dan susah di kemudian hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan