Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 11 Ogos 2011

Pertingkatkan Skil Jualan


Setakat mulut ramah, muka yang cantik dan gaya yang menarik sahaja tidak mencukupi lagi untuk melakukan jualan.  Skil yang ada perlu di per tingkatkan lagi untuk menjamin betapa mudahnya mendapatkan pelanggan seperti mana yang di kehendaki.  Bagaikan seekor helang yang mencari mangsanya, tanpa skil yang jitu dan tepat pasti sukar si helang tersebut mendapatkan mangsanya.


i.       Kenal pasti segera prospek

>   Data base anda sendiri
  Data-data dari pelanggan yang pernah berurusan

ii.     Pelajari menjadi pakar dalam menyelesaikan masalah prospek

iii.   Perbaiki skil komunikasi dan perbualan

iv.  Tarik perhatian pelanggan hanya menggunakan telefon
.
v.     Persembahan presentasi jualan lebih mantap dan menarik perhatian

vi.   Memahami kehendak dan keperluan pengguna
.
Tanpa skil yang baik dan sempurna yang mungkin tidak pernah di ‘upgrade’kan membuatkan mungkin pada suatu hari nanti kita akan mudah merasa buntu dan kecewa di atas prestasi kita sendiri.  Apabila ini berlaku, kita mula tertanya-tanya pada diri kita sendiri apa salah kita dan bagaimana pula untuk memperbetulkannya.  Fikirlah bagaimana untuk memajukan diri kita sendiri supaya kita lebih yakin melakukannya biarlah segala rintangan, dugaan dan cabaran ,melanda dengan kuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan