Ada masa dan ketikanya kita akan merasa amat sukar untuk bergerak melakukan jualan. Tiba-tiba sahaja ‘Mood’ kita hilang entah ke mana menyebabkan kita sukar dan payah untuk melakukan tugasan. Jualan pada mulanya di rasakan mudah dan senang terus di rasakan kesukarannya untuk di lakukan. Entah apa sebabnya berlaku juga.
Jika ini yang berlaku juga kepada anda, bermakna anda telah ‘Kehilangan Motivasi’ atau ‘Semangat Menjadi Luntur’. Dari bersemangat awal untuk melakukannya seterusnya berubah angin pula menjadi seorang yang tiba-tiba sahaja agak tidak bersemangat dan merasa keberatan untuk melakukan tugasan yang di amanahkan.
Mungkin perkara-perkara ini yang boleh terjadi antaranya :
i. Takut untuk bertemu dengan pelanggan kerana gagal di atas kesukaran yang di alami sebelum ini
ii. Terpedaya dengan khabar-khabar angin yang kurang menyeronokkan
iii. Tertekan dengan arahan pihak atasan
iv. Kurang tidur dan kurang rehat
v. Hilang keyakinan dan takut menerima dan menyahut cabaran yang di berikan
vi. Terganggu di sebabkan kegagalan mendapatkan sesuatu yang di ingini
vii. Masalah keluarga, peribadi dsb nya
Walau bagaimana sekalipun, setiap sesuatu itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Biar kecil atau besar mana sekalipun insyaAllah jalan untuk keluar dari perkara-perkara negatif ini tetap ada sebagai satu alternatif atau solusi untuk diri kita menghadapinya. Kerana Allah sama sekali tidak akan memberikan kepada kita satu kehidupan yang tidak lari dari masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan