Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera buat semua...
Kali ni Gaman mau kongsi satu pengalaman peribadi. Pengetahuan mengenai gaya menulis / menaip yang ringkas dan pantas. Sesiapa yang tahu pasal Penulisan Kreatif atau Kewartawanan, harap boleh berkongsi sama sesuatu di sini. Manatau ada yang salah silap, ehe. Kaedah ini mengkhusus kepada Bahasa Melayu sahaja buat masa ini.
Setiap orang mempunyai gaya [style] menulis. Maksud gaya di sini bukan ja pasal cara memegang pensil atau pen dan bentuk tulisan [sambung, mereng kiri atau kanan dll], tapi ianya merangkumi juga 'hasil' tulisan.
Tapi ianya berlainan jika kemudahan teknologi digunakan seperti mesin taip, papan kekunci, skrin sesentuh dan banyak lagi. Contoh mudah yang memberi kesan besar kepada gaya tulisan anda di ruang teknologi ini ialah SMS [Sistem Mesej SIngkat].
Kaedah ini adalah hasil pengalaman Gaman. Gaman cuba mengetengahkannya sebab inginkan 'pembaharuan' dalam ilmu Gaman yang ini. Mungkin ianya sudah wujud tetapi belum menjadi 'piawaian umum'. Harap kalau ada yang pakar bahasa di sini, dapat memberikan tunjuk ajar.
Kaedah ini Gaman bahagikan kepada tiga 'hukum' utama.
Hukum Pertama
"Buangkan huruf vokal di dalam imbuhan"
Ini ialah peraturan asas bagi teknik tulisan Gaman. Huruf Vokal iaitu A, E, I, O, dan U merupakan huruf yang boleh menjadikan suatu perkataan itu disebut dengan baik dan betul. Ini pada sisi pandangan Gaman lah, ehe.
Imbuhan pula terdiri daripada pelbagai kelas mengikut perubahan sama ada menjadi Kata Kerja atau Kata Terbitan. Contohnya, buku ialah Kata Nama atau Kata Dasar. Bila ditambah dengan imbuhan dan 'mem-' '-kan', ianya menjadi Kata Kerja [Kata Terbitan] iaitu 'membukukan'.
Jadi, bila Hukum Pertama ini digunakan ke atas perkataan 'membukukan', maka hasil tulisan ringkas ialah 'mbukukn'. Secara automatik pembaca akan faham yang 'mbukukn' itu adalah 'membukukan'dan tidak difahami / disebut yang lain.
Kenapa 'mbukukn' tidak ditulis 'mbkukn'? Kan lebih ringkas? Persoalan ini dijawap oleh hukum yang seterusnya iaitu Hukum Kedua.
Hukum Kedua
"Meletakkan atau membuang huruf vokal di kedudukan yang wajar pada kata dasar"
Hukum ini mencadangkan penulis supaya 'mengedit' mana-mana kata dasar yang boleh mengguna pakai Hukum Pertama tadi. Contohnya, 'kereta' boleh ditulis menjadi 'kreta'. Mengapa tidak 'keret'atau 'kerta'?
Jawapannya ialah, perkataan tersebut akan menjadi tidak logik lagi [difahami secara logik]. Sebab itu Hukum Kedua mencadangkan agar suatu huruf vokal yang ingin kita buang dari kata dasar perlu dipilih dengan wajar untuk mengekalkan logik perkataan tersebut.
Kembali kepada 'mbkukn' tadi, ianya boleh membawa maksud yang lain jika ditulis begitu iaitu'membekukan'. Jadi, kekeliruan boleh dielak menggunakan Hukum Kedua ini.
Hukum Ketiga
Hukum Pertama dan Hukum Kedua adalah bersifat 'eksklusif'. Ianya mungkin tidak dapat untuk digunakan ke atas semua perkataan, dalam semua keadaan. Masih ada beberapa perkataan yang 'melanggar' kedua-dua hukum tadi. Sebagai contoh, 'eja' bukanlah kata dasar bagi 'meja'. Begitu juga 'ada' kepada 'keadaan'. Justeru, Hukum Ketiga ini adalah alternatif dan bersifat fleksibel untuk melengkapkan kelompangan [had batasan] yang wujud pada Hukum Pertama dan Kedua.
"Suatu perkataan hendaklah ditulis mengikut pemahaman piawaian umum [standard] atau sekurang-kurangnya tidak lari dari maksud pokok kata dasar"
Hukum Ketiga menyarankan agar penulis yang ingin menulis dengan tulisan yang ringkas, untuk tujuan lebih pantas [cepat], tapi dijamin boleh difahami oleh semua orang yang membacanya sama ada hasil tulisan tangan, ataupun hasil taipan jari.
Hukum ini sebenarnya memberi peluang kepada penulis untuk membuat hasil yang lebih baik mengikut kreativiti masing-masing.
Hasilnya, seseorang itu dapat menjimatkan ruang; masa dan ruangan, membantu meningkatkan kemahiran membaca dan kefahaman, dan yang lagi penting ialah, menjaga 'murni dan harmoni' lenggok dan tutur Bahasa Melayu itu sendiri di semua keadaan [tulisan atau ucapan].
Bahasa Jiwa Bangsa.
Selamat mencuba! ;D
Komen saya : elok sangat di praktikkan ketika kita ingin menulis sebarang nota atau catatan ketika berhadapan dengan prosepk/pelanggan yang di temui supaya segala apa percakapan prosepk/pelanggan tersebut tiada satu pun yang tertinggal dan terlupa yang ingin beliau perkatakan. Latihan demi latihan perlu di pratikkan sentiasa supaya kesempurnaan dapat di lakukan. Terima kasih kepada penulis blog yang sanggup berkongsi idea yang baik dan bernas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan