Sumber : http://www.khainimis.com/9-tips-hebat-meningkatkan-jualan-secara-mendadak/
Artikel kali ini lebih kepada cara melakukan promosi hebat ke atas jualan, khas untuk para peniaga yang melakukan pemasaran online. Ini adalah rahsia besar yang biasa digunakan oleh para pemasar internet yang telah berjaya memasarkan produk mereka secara besar-besaran. Pastikan anda tidak terlepas untuk membaca tips hebat ini.
1. Prospek memiliki produk anda.
Buatkan pembaca atau prospek anda merasa seolah-olah mereka telah memiliki produk anda melalui penulisan iklan anda. Katakan kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan produk yang anda sedang pasarkan serta nyatakan sekali kesan atau manfaat yang akan diterima oleh pembeli apabila memiliki produk yang anda pasarkan. Mereka pastinya akan menjadi emosional dan tidak sabar-sabar untuk memiliki produk yang anda promosikan.
2. Jangan buat iklan anda nampak seperti iklan.
Semua orang termasuk saya sendiri pun menyampah dengan iklan. Nampakkan iklan anda seolah-olah seperti artikel atau cerita yang menarik untuk dibaca . Dengan cara ini, ianya akan meningkatkan lagi peratusan pengunjung atau pembaca iklan anda untuk terus membaca apa yang sedang anda promosikan tanpa mereka sedari bahawa ianya adalah iklan.
3. Psikologi Segera.
Ianya sememangnya salah satu strategi yang sangat berkesan untuk meningkatkan lagi peratusan pembeli. Buatkan pembaca atau prospek untuk bertindak segera untuk mendapatkan produk yang anda sedang promosikan. Contohnya;
katakan kepada prospek anda bahawa harga biasa produk yang anda sedang promosikan adalah RM95.00. Kemudian beritahu prospek anda bahawa mereka akan menerima produk itu pada harga luar biasa iaitu RM49.90 jika membelinya hari ini dan tambah lagi ‘Ianya adalah TERHAD untuk 10 orang sahaja’.Mereka pastinya bertindak segera untuk mendapatkan produk anda.
4. Gunakan Headline atau tajuk iklan yang catchy dan unik untuk menarik perhatian pembaca.
Pembaca pastinya akan tertarik perhatian untuk membaca apa yang anda promosikan. contohnya;
“Tergempar! Seorang Penoreh Getah Terpaksa Bersara Awal kerana Gajinya Melebihi Pengurus Kilang Tayar!”
Di atas adalah contoh yang pastinya akan menarik perhatian pembaca. Jangan letakkan nama produk anda sebagai tajuk iklan.5. Tempoh masa terima produk.
Maklumkan kepada prospek, berapa lamakah mereka akan mendapatkan produk anda sebaik sahaja mereka melakukan pembelian. Ini sangat penting kerana ianya mempengaruhi keputusan prospek membeli produk yang anda promosikan. Berapa lama pun masa yang anda perlu ambil untuk menghantar produk kepada pembeli tidak menjadi masalah. Yang penting, sila nyatakan di dalam promosi anda.
6. Gunakan fungsi ‘Bullet’ untuk menekankan kebaikan tentang produk anda.
Ianya akan lebih menarik minat prospek apabila anda menggariskan kelebihan-kebihan yang bakal prospek anda terima. Anda boleh gunakan fungsi-fungsi lain yang lebih menonjol seperti Bold, Italic, Underlined ataupun warna. Ini semua membantu dan menyelamatkan anda supaya prospek anda tidak terlepas pandang kelebihan utama produk anda.
7. Jaminan pulangan wang istimewa.
Bukan sekadar pulangan wang, tetapi juga tawarkan bonus tambahan yang akan mereka terima sekiranya mereka tidak puas hati terhadap produk anda. Jika anda gunakan elemen ini, pastinya prospek tidak teragak-agak mendapatkan produk anda dengan segera.
8. Umumkan bonus tambahan istimewa.
Dengan cara ini prospek anda akan bersemangat untuk membeli dengan segera untuk mendapatkan bonus tambahan yang anda tawarkan.
9. Gunakan kuasa testimonial.
Testimonial di dalam apa-apa promosi atau iklan sememangnya mempunyai kuasa untuk menyakinkan prospek untuk membeli. Tidak semestinya anda perlu mendapatkan testimonial daripada pembeli. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda sendiri tentang kesan atau kebaikan yang anda terima daripada produk yang anda promosikan.
Sembilan tips inilah akan membantu anda meningkatkan jualan anda ke tahap yang paling memberansangkan. Berpegang kepada 9 tips di atas, anda hanya perlukan kreativiti sahaja untuk menjadikan tips tersebut sebagai senjata utama jualan produk anda.
good
BalasPadamTerima kasih...info yg sgt berguna...
BalasPadamt.k atas ilmu & info anda.. smoga anda sucses & sntiase dberkati Allah s.w.t...
BalasPadam