Perlukah kita merayu??? |
Ada antara anda terlalu sukar dan payah dalam mendapatkan pelanggan. Ada juga antara anda begitu mudah dan senang pula mendapatkan pelanggan. Kedua-dua senario ini menunjukkan kehadiran pelanggan amat di perlukan sama sekali di mana jua.
Oleh itu, pastikan selepas ini ke semua pelanggan-pelanggan anda yang berurusan secara terus atau tidak dengan anda adalah satu tugasan yang berterusan untuk memeliharanya dengan baik. Pelbagai cara boleh di lakukan untuk memastikan pelanggan tersebut tidak lari daripada anda. Perlu di fahami, manusia juga memerlukan belaian mesra dan hubungan baik daripada kita. Semakin anda di kenali semakin mudah pula anda mendapatkan pelanggan baik dari diri mereka sendiri ataupun dari kawan-kawannya jua.
Antara perkara mudah yang boleh di lakukan oleh kita adalah seperti berikut ;
i. Menghantar ucapan Hari Jadi sama da melalui kad ataupun SMS
ii. Penghantaran kad Hari Raya
iii. Menghubungi pelanggan bertanya khabar
iv. Menanyakan sama da pelanggan masih di belenggu masalah dengan produk kita
v. Memaklumkan pelanggan tentang produk terbaru bank melalui SMS atau e- mel
vi. Ambil kesempatan mengunjungi beliau di premis pelanggan bekerja
Nampak perkara-perkara di atas cukup remeh-temeh, leceh dan menambahkan lagi kerja. Walaupun usaha ini nampaknya begitu kecil dan mungkin tidak bermakna untuk kita tetapi bagi pelanggan ianya cukup besar dan merasakan dirinya amat di hargai. Pelanggan apabila merasa dirinya di ambil berat dan di rasakan kita begitu akrab dan mesra tidak mustahil bagi kita mengambil kesempatan dengan mudah dan senangnya melakukan jualan yang berulang ataupun melakukan ‘Cross Sale’ terhadap seorang pelanggan sahaja.
Nampak remeh dan leceh tapi lagi mudah mendapatkan pelanggan lama dari pelanggan baru.
Idea dan pandangan sahaja tidak cukup jika anda semua tidak mempraktikkannya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan