Ke kadang kita lupa yang profesion sebagai seorang Jurujual boleh di samakan tugasan seperti seorang Doktor. Ramai yang profesionnya sebagai orang yang menjual sering melabelkan diri mereka sebagai Konsultan Jurujual Profesional ataupun Doktor Jurujual. Agak melucukan juga, tetapi itulah hakikatnya. Di samping berniat untuk membantu seseorang dan mendengar keluh kesah masalah pelanggan ia juga boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada kita juga.
Kebiasaannya seorang Doktor yang kita temui sentiasa akan melalui 3 peringkat yang kita sama sekali kadang-kadang samada sedar ataupun tidak akan ANDA lalui iaitu
PEMERIKSAAN ------> DIAGNOSIS ----------------> PRESKRIPSI
Inilah tiga peringkat yang sering di lakukan oleh seorang jurujual yang mahir dan profesional yang menggunakan kaedah seorang doktor bagi merawat pesakitnya. Perlaksanaan ini juga adalah satu cara dan jalan mudah kepada kita untuk mendapatkan pelanggan bukan sahaja gaya persembahan yang lebih teratur tetapi juga ianya dapat pula menjimatkan masa kita melayan pelanggan. Perancangan yang betul di susuli memahami kehendak pelanggan dengan tepat akan memudahkan lagi tugasan kita untuk menjual dan di terima oleh pelanggan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan