Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jadikan sebagai satu RUTIN

Rutin dari makna Kamus Dewan Edisi Ke empat, Dewan Bahasa Pustaka membawa maksud :

1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan;

2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~;

3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi.

Jadi sesuailah bagi seseorang yang ingin menjadikan kariernya dalam melakukan jualan terdapat perkara-perkara yang mesti di lakukan sentiasa sebagai satu pedoman atau panduan seupaya lebih men disiplin diri dan bertindak positif sentiasa.  Umpama seorang yang memandu kenderaan, sebelum ia boleh memandu kenderaan tersebut kita di mestikan bukan setakat memeriksa kenderaan itu terlebih dahulu tetapi juga perlu memahami segala undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya yang telah di tetapkan.

Apa bila sesuatu pekerjaan itu telah menjadi kelaziman dan tidak berubah caranya, bermakna kita semakin mudah dan senang melakukannya tanpa banyak soal dan mencari sumber yang baru sentiasa. Melakukan dengan hati yang ikhlas dan jujur sejujurnya akan menyebabkan kita lebih bersemangat dan mahu supaya diri kita ini lebih maju dan berjaya mencapai segala misi dan impian yang telah kita idamkan.  Tiada siapa pun tahu apa sebenarnya yang kita mahukan dan berkehendakkan melainkan diri kita sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan