Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 26 Ogos 2011

KEDEGILAN DALAM JUALAN

Keras hati ataupun degil adalah satu sikap negatif yang boleh di per gunakan bagi membantu dan meningkatkan lagi prestasi pekerjaan kita.  Lakukan dengan penuh iltizam sifat negatif ini semata-mata menjadikan satu motivasi yang berkekalan dan sukar untuk di padamkan demi kepentingan diri kita sendiri.

Bagaimana ia boleh membantu? Dengan rasa ‘Keras Hati’ ataupun mempunyai ‘Kedegilan’ yang tegar ini kita boleh mempergunakannya ia melalui cara :

ü  Bantukan untuk Jualan

i.                     Perlu ada rasa mengetahui kehendak dan kemahuan pelanggan
ii.                   Tunjukkan dengan rasa kesungguhan membantu pelanggan
iii.                  Beri bantuan sepatutnya dengan cara mahu membantu daripada menunjukkan kepada pelanggan untuk menjual

ü  Penjual adalah Konsultan ataupun doktor

i.                     Cuba memenuhi kehendak, keperluan dan kemahuan mereka
ii.                   Selami apa yang benar-benar mereka perlukan
iii.                  Tunjukkan yang kita dapat selesaikan permasalahan mereka
iv.                Selagi mereka menjawab segala persoalan kita bermakna selagi itu mempunyai harapan besar untuk menjadi pelanggan tetap kita dan beliau telah bersedia untuk menerima produk yang di  tawarkan

ü  Jangan berikan tekanan kepada pelanggan

i.                     Jangan sama sekali memaksa pelanggan
ii.                   Fahamkan pelanggan dengan tutur kata dan penerangan yang baik
iii.                  Berikan mereka peluang untuk berfikir untuk lakukan keputusan
iv.                 Lakukan susulan yang mesra secara konsisten supaya pelanggan boleh menerima produk yang di tawarkan

ü  Lakukan persembahan yang mantap

i.              Biar pelanggan jelas dan faham apa kehendak kita berserta sekali dengan kehebatan produk kita
ii.           Tunjukkan yang produk di tawarkan ini memang pelanggan amat memerlukannya
iii.                  Lakukan persiapan yang rapi dan betul
iv.                 Belajar dari kesilapan yang telah kita lalui dahulu

Kesimpulannya, jangan kita berdegil dan mempunyai keras hati di bawa ke jalan yang tidak betul dan menjadikan ianya sesuatu yang negatif tetapi sentiasa menjadikan ia satu opportunity balik kepada diri kita memperkemaskan lagi usaha kita menjadi lebih dinamik dan sentiasa maju di dalam karier kita.  Jadikan jua satu motivasi diri sendiri supaya tiada istilah putus asa dan kecewa, tidak mudah rasa di per mainkan oleh orang lain apatah lagi di pandang rendah oleh rakan sekerja dan pelanggan-pelanggan.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan