Pelanggan keluar masuk kita temui, tetapi kita sentiasa gagal untuk mendapatkan semaksimum bagaimana kita perlu per gunakan kemahuan pelanggan yang telah mengesahkan bahawa pelanggan akan mengambil produk yang kita tawarkan.
Biasanya kalau kita pergi McDonalds atau katalah kita pergi ke KFC, apabila kita telah memesan makanan dan ingin mengambil air minuman segelas biasa kebiasaannya Juruwang tersebut akan cuba memancing kita dengan menawarkan tawaran hanya tambahkan 30 sen sahaja anda akan menerima sebuah gelas yang lebih besar. Jualan ‘Up Sale’ ini kebiasaannya pelanggan tidak akan menolakkan begitu sahaja kerana
i. Pelanggan di waktu itu memang dalam keadaan ‘Mood Membeli’
ii. Walaupun kena tambahan wang tapi tetap bersetuju
iii. Lebih mudah terpengaruh bila di beritahu walaupun poster-poster memaklumkan tawaran tersebut berada di kiri kanannya
iv. Penerangan yang jelas dan mudah di fahami
v. Mesra di layani
Bantu pelanggan dan per mudahkan pelanggan melakukan keputusan yang boleh bukan sahaja di manfaatkan oleh pelanggan tetapi juga kepada kita sekali. RAJIN BUKA MULUT HASIL PASTI LUMAYAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan