Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 4 Ogos 2011

Kedai Mamak dan Kedai Melayu


Posted by Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

1. Pada kali ini, tulisan saya akan berkisar mengenai 'Kedai Mamak dan Kedai Melayu'. Saya mendapat idea ini sewaktu makan tengahari bersama kenalan-kenalan pejabat saya di kedai makan berhampiran pejabat. Beliau menyatakan bahawa jika mengikut disiplin kedai makan, pekerjanya tidak boleh memakai rantai dan juga baju t-shirt yang tidak berkolar sewaktu melayan pelanggan. Inilah masalah kedai makan melayu yang tidak menjaga etika ini.

2. Sesetengah orang yang sangat menjaga hatinya tidak akan makan di kedai makan sekiranya tukang masak tidak bertudung. Jika kita fikir, sekiranya hukum Allah tidak dijaga bagaimana pula mereka ingin menjaga kebersihan kedai mereka.

3. Berbalik kepada topik tadi, jika kita lihat terdapat perbezaan antara kedai mamak dan kedai melayu. Pertama sekali, pekerja atau pelayan kedai mamak pandai menghormati dan bersabar dengan pelanggan walaupun mereka dimarahi. Walaupun sesetengahnya diejek tidak fasih berbahasa melayu, mereka tetap bersabar melayan kerenah pelanggan mereka. Saya pernah mendengar cerita sewaktu berada di Kuantan suatu ketika dahulu, ada seorang bekas tentera yang menjirus air teh panas ke atas kepala pelayan kedai mamak kerana silap membawa pesanan yang dikehendaki!

4. Satu lagi sikap pelayan kedai makan ialah mereka tidak berat mulut dalam melayan pelanggan. Perhatikan dialog antara kedai mamak dan kedai melayu seperti berikut:



Kedai Mamak:

Pelayan: Makan apa encik?
Pelanggan: Saya mahu makan roti. Roti apa ada?
Pelayan: Roti canai, roti telur, roti tisu, roti nan, roti bom, roti bawang, roti planta....

Kedai Melayu

Pelayan: Encik mahu makan apa?
Pelanggan: Makanan apa ada?
Pelayan: Seperti biasa, goreng-goreng semua ada.

Ataupun

Pelayan: Encik mahu makan apa?
Pelanggan: Makanan apa ada?
Pelayan: Menu dekat di dinding tu. Boleh tengok.

Ini masalah kedai melayu di mana mereka berat mulut untuk melayan pelanggan. Sesetengahnya hanya bertanya pelanggan hendak minum apa dan tidak bertanya nak makan sekiranya pelanggan datang semasa datang waktu petang ataupun lewat malam kerana beranggapan pelanggan hendak minum sahaja. Buang masa bukan isunya di sini. Ini adalah masalah komunikasi dalam melayan pelanggan. Ini akan mengurangkan kualiti servis kepada pelanggan sekiranya kurang pandai berkomunikasi.


5. Pelayan-pelayan kedai mamak juga bekerja dengan pantas. Mereka akan terus ke meja pelanggan apabila pelanggan baru tiba. Mereka akan memastikan makanan yang dipesan akan sampai seberapa cepat yang boleh. Mereka akan dimarahi sekiranya mereka lambat atau silap membawa pesanan. Berbanding kedai melayu, pelayan-pelayannya akan duduk sekelompok di sudut kedai sambil berbual-bual sehinggakan mereka tidak sedar pelanggan sudah pun telah duduk di meja makan.

6. Di sini, kita dapati masih terdapat kelemahan dalam perniagaan orang melayu. Itu belum dikira perniagaan lain seperti kereta, car wash dan sebagainya. Kualiti orang melayu dalam perniagaan perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya perniagaan orang melayu dapat dimartabatkan. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Sumber:  9 Naga Pemasaran, Nassrul Hakim Md Jani.

Komen saya - sesuautu yang boleh di jadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan