Samalah juga dalam kita bergerak sebagai satu pasukan, sesama kita juga perlu memastikan bahawa pasukan yang kita bina ini perlulah bergerak secara bersama, satu tujuan, matlamat dan cara kerja yang sama. Jangan kerana ada seorang atau dua orang nanti akan mengakibatkan nama kumpulan Jualan kita menjadi tercemar dengan teruk di sebabkan oleh ketamakan, mementingkan diri sendiri ataupun merasakan diri dia seorang sahaja yang betul apatah lagi jika terdapat keingkaran dalam mengikut arahan dari pihak atasan. Kerana kesalahan dan kesilapan yang di lakukan oleh seseorang di hadapan pelanggan akan dapat menjatuhkan nama baik seluruh anggota pasukan yang lain.
Tindakan perlu di ambil segera jika terdapat nila ini iaitu dengan cara
i. Men campur adukkan yang hak dengan yang batil
Apabila terdapatnya percampuran antara sifat yang baik dan buruk ini dalam satu kumpulan jualan perkara ini akan memberikan satu kesan yang tidak elok dan buruk kepada bakal pelanggan/pelanggan nanti. Apabila nama organisasi tidak elok maka semakin sukar untuk kita melakukan jualan.
Firman Allah “dan janganlah men campur yang hak dan yang batil dan janganlah sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 42)
Hanya kebenaran saja yang perlu di ambil kira dengan memastikan tiada pembohongan dan kurangnya disiplin di lakukan dalam sesebuah pasukan Jualan
ii. Jika Nila itu boleh di hilangkan , maka buangkan saja nila tersebut
Kenal pasti Nila itu sebelum menitik. Sebagai rakan sekerja dan ketua kumpulan, dalam setiap masa mana-mana individu yang sering melakukan kesilapan, membawa khabar-khabar angin berita yang tidak baik, perkara-perkara yang negatif dan perlakuan yang tidak baik perlu di asingkan dan di singkirkan.
Biarlah hanya tinggal mereka-mereka yang mahu bekerja dan bersemangat untuk bekerja, bukan setakat menjaga periuk nasi masing-masing tetapi juga menjaga nama baik organisasi yang di wakili. Penggantian pekerja dan pembelajaran amat memeritkan tapi perkara ini harus di tempuh dengan kesabaran dan ketenangan yang tinggi
iii. Saat melakukan kesalahan bukan bermakna kita telah melakukan berterusan
Bila satu-satu kesilapan dan kesalahan telah di kenal pasti dengan segera perbetulkan dengan secepat yang mungkin supaya ianya tidak tersebar dengan segera. Biar kita menanggung malu untuk menyatakan kesalahan kita tetapi bakal pelanggan/pelanggan akan lebih menghormati tindakan segera dan pantas bagi pembetulan yang telah kita lakukan.
Penerangan dan tunjuk ajar mestilah di lakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Biar cerewet sedikit dalam menyampaikan ilmu supaya di kemudian hari nanti tiada kesilapan dan kesalahan boleh di dapati apabila penerangan kepada pelanggan telah di laksanakan.
Kesimpulannya, sebagai satu kumpulan yang bergerak seiring dan bersama janganlah kerana seorang ataupun dua orang yang telah memberikan satu impak yang negatif kepada organisasi tempat kita bernaung ini akan menyebabkan namanya semakin busuk dan tidak di terima oleh orang ramai. Sesuatu perlu di lakukan untuk menjaga nama baik organisasi tempat kita bertugas ini. Jagalah periuk nasi dan karier kita sebaik yang mungkin supaya kita di padang Mahsyar nanti tidak di persoalkan. Nama organisasi yang baik akan lebih memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan walau di mana jua kita melakukannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan