Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 12 Ogos 2011

PENGARUHI SESEORANG SECARA EFEKTIF

 Ilmu pengaruhi seseorang amat berguna untuk di guna pakai oleh kita dalam melakukan jualan. Bukan gunakan ilmu pukau atau ilmu hitam tapi sekadar mempengaruhi seseorang menerima tawaran yang di kemukakan dengan cara pemberitahuan fakta-fakta yang berkesan dan boleh di percayai untuk memenuhi segala keperluan dan keinginan pelanggan tersebut.

Dalam kita melakukan jualan, terdapat pelbagai cara dan jalan bagaimana untuk kita dapat mempengaruhi seseorang untuk mengambil produk kita secara berkesan dan di senangi oleh bakal pelanggan kita.  Masing-masing mempunyai stail mereka sendiri untuk mendapatkan pelanggan apa tah lagi untuk mempengaruhinya.  Berikut adalah cara-cara untuk kita boleh mempraktikkan bagaimana untuk kita mempengaruhi pelanggan secara lebih berhemah dan bijaksana mempengaruhi seseorang :

i.  Lakukan dahulu kajian tersendiri tentang perangai dan tanggapan seseorang 

ii. Fahami keadaan pasaran terlebih dahulu.  

iii.  Berhubunglah dengan seseorang secara berhemah dan berbudi bahasa. 

iv.  Dapatkan kepercayaan mereka terhadap anda terlebih dahulu.  

v.   Hormat menghormati antara kita dengan bakal pelanggan 

vi.Dengar dengan baik setiap apa jua yang di perkatakan oleh pelanggan terlebih dahulu. 

vii Nyatakan dengan fakta dan jangan sama sekali melakukan pembohongan kepada pelanggan. 

viii. Bersedia untuk menerima pendapat bakal pelanggan. 

ix. Atasi bangkangan pelanggan dengan lebih berhemah dan bersopan.

x.  Sentiasa berniat untuk membantu orang. .

xi. Gunakanlah ayat-ayat @ perkataan-perkataan yang begitu mudah 

xii.Bertanya semula kepada pelanggan 

xiii.  Jangan terlalu mendesak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan