Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 31 Disember 2014

BILA NAK MULA




Sering kali terdengar macam mana nak mulakan jualan atau perniagaan. Seolah-olah satu bebanan berat dan amat sukar untuk dilaksanakan. Nak mulakan perniagaan mesti memerlukan wang atau modal yang besar dan tinggi. Pelbagai andaian dan tanggapan sudah pasti menjadikan tidur pun menjadi tidak lena terngiang-ngiang begitu sahaja mengganggu tidak keruan bermain di fikiran.

Kalau hati dah berat sesangat baiklah dilakukan sahaja. Jangan fikirkan modal dahulu. Guna ikut kemampuan dan wang kita mana yang ada. Kalau sedikit lebih baik. Mulakan secara kecil-kecilan dahulu tengok sambutan dan skil kita dalam berniaga dan menjual. Kalau pasaran menerima kehadiran diri kita dan mampu menjana keuntungan barulah boleh difikirkan bagaimana untuk mengembangkannya. Berniaga dan menjual bukan semudah seperti menyebut A,B,C. Kena tempuhinya terlebih dahulu.

Tak perlu nak fikir buat pinjaman atau pembiayaan. Sumber yang ada pergunakan sebaik mungkin. Yang penting jangan menunggu atau melayan segala tanggapan dan andaian kita terlebih dahulu. Selagi kita berminat untuk melakukannya sudah pasti apa yang kita minat itu akan membantu banyak diri kita dalam melakukan jualan dan perniagaan. Berdoa sama pada Allah kerana bukankah Allah menuntut kita memohon bantuan dan pertolongan dari Nya? Pohonlah pada Allah dan bukan sama sekali pada manusia. Pasti akan ada sesuatu di luar jangkaan dan apa yang kita harapkan akan menjelma jua akhirnya.

Tunggu apa lagi? Lakukan sahaja.

Read more >>

Isnin, 29 Disember 2014

BILA BANJIR MELANDA


Sumber foto - www.themalaysianinsider.com

Terharu dan sebak dibuatnya apabila mendengar berita banjir yang masih belum reda lagi. Walaupun mungkin ada yang menganggapnya sebagai satu acara tahunan di Pantai Timur terutama di hujung tahun disebabkan musim tengkujuh namun penderitaan, kesusahan dan kesukaran yang dilalui dan dialami mereka amat-amat menyedihkan. Pengalaman saya selama 8 ½ tahun pernah menetap di Pantai Timur dan pernah merasa kesusahan dan kesukaran dalam bencana banjir ini tapi tidaklah seteruk yang dialami oleh mereka sekarang ini.

Cukup menyukarkan. Bermula dari kelam kabut semasa air mula melimpah di parit-parit berdekatan rumah, memindahkan kenderaan ke tempat tinggi secepat yang mungkin, meletakkan barangan penting terutama dokumen-dokumen penting jika sempat dan berfikir di mana boleh selamatkan diri dan keluarga. Dah dipindahkan pula merasa sukar pula mana nak berehat walaupun badan terlalu penat, berkumpul satu keluarga entahkan boleh makan atau pun tidak, berhadas kecil ataupun besar memikirkan bagaimana keadaan rumah sekarang ini.

100% mengharapkan bantuan Allah. Simpati orang ramai amat diperlukan ketika ini. Berat sungguh ujian yang dipikul hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui Nya. Tiada apa yang diharapkan. Air banjir yang telah surut bukan setakat boleh balik berehat begitu sahaja. Banyak sangat perkara yang nak dilakukan lagi dan lagi. Tidak berhenti begitu sahaja bergoyang kaki. Membersihkan rumah dan halaman kediaman, membuang mana barangan yang rosak dan binasa. Memang memenatkan. Tempat untuk tidur dan berehat belum tentu lagi. Nak makan satu bab lagi. Kedai menjual barang dan makan mana ada lagi yang dibuka untuk menjual. Semuanya mengharapkan simpati dan ihsan orang lain. Memang cukup mengharukan.

Bersyukur ke hadrat Allah bagi mereka yang tidak ditimpa dengan bencana banjir besar ini. Segala kesukaran dan kesulitan yang dialami oleh mereka pasti tidak kita ketahui sama sekali. Hanya pandangan gambar dan bualan cerita yang boleh menggambarkan keperitan mereka. Inilah peluang kita yang tidak merasa bebanan banjir yang berlaku kepada kita. Kasihanilah mereka dengan meringankan bebanan mereka. Cukup besar pahala dan ganjaran Allah berikan kepada kita andai kata atas kemampuan dan kesanggupan kita untuk menghulurkan bantuan. Tidak kiralah sama ada dalam bentuk

1.    Pergi ke tempat mereka hulurkan tenaga, masa dan wang membantu mereka

2.   Menyertai mana-mana NGO atau persatuan menyediakan bantuan kepada mereka

3.   Tak sanggup lakukan apa, beratkan diri kita hulurkan derma dan sedekah seberapa banyak yang termampu bagi membeli barangan keperluan mereka

4.   Bersama-sama berdoa ke hadrat Allah agar segala kesukaran dan kesusahan mereka dipermudahkan dan diringankan sama sekali.

Itulah tindakan terbaik buat kita. Bukan setakat sebutkan kasihan dan sedih melihat dan mendengar penderitaan mereka tetapi ambil peluang terbuka ini melakukan amal jariah sebanyak yang termampu membantu dan menolong apa yang diperlukan oleh mereka. Hulurkan wang ringgit atau barangan keperluan seperti beras, minya, gula, garam dan sebagainya di tempat yang dipercayai dan diyakini. Jangan main suka hati derma merata tempat dikhuatiri nanti ada pula nak ambil kesempatan. Maklumlah aliran duit ini banyak pula yang sanggup menjadi penipu dan berbohong tanpa memikirkan kesusahan orang lain.

Ambil tindakan sebaiknya. Allah jadikan bencana ini untuk memberi peluang buat kita membantu sama kepada mereka yang susah dan sukar dalam kehidupan yang mereka lalui. Sedangkan daging korban yang kita lakukan di sunatkan diberi tidak kira siapa pun inikan pula kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Tunggu apa lagi, hulurkan semampu yang boleh bagi meringankan lagi bebanan mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik amal jariah dan ibadat yang telah kita berikan dan hulurkan selama ini.


Read more >>

Ahad, 28 Disember 2014

ENAM PERINGATAN UMAR BIN AL-KHATTAB


Sumber foto - www.merdeka.com

Sayidina Umar bin al-Khattab khalifah Islam yang ke dua selepas Sayidina Abu Bakar adalah seorang yang sangat prihatin dan mudah bersimpati terhadap umat Islam. Dia tidak hanya mendambakan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi kaum Muslimin. Di bawah pemerintahannya Islam semakin berkembang dengan pelbagai kebaikan dan kebajikan telah ditaburkan oleh Sayidina Umar sendiri kepada Muslimin dan Muslimat semuanya tanpa adanya sikap pilih kasih dan mementingkan diri sendiri.

Lalu, beliau meninggalkan enam peringatan kepada kaum Muslimin semoga ketaatan kepada Allah dapat dipertingkatkan lagi. “Ingatlah enam perkara ini dalam kehidupan kamu, supaya kamu beroleh keselamatan hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Apa yang di maksudkan enam peringatan ini adalah

1.                 Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah aib yang ada dalam diri kamu sendiri, kerana aib kamu belum tentu sedikit.

2.                Jika kamu ingin memusuhi seseorang atau memusuhi sesuatu, maka musuhilah perut kamu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya bagi kamu selain perut kamu sendiri.

3.                Jika kamu ingin memuji, pujilah Allah kerana tidak ada sesuatu yang lebih banyak memberi kepada kamu dan lebih santun serta lebih lembut kepada kamu selain Allah.

4.                Jika ada yang ingin kamu tinggalkan, maka tinggalkanlah kesenangan dunia kerana menjaga jarak hati kamu daripada cinta kesenangan dunia akan membuat kamu menjadi manusia yang terpuji, sebaliknya jika kamu menggilai dunia, kamu akan menjadi manusia hina.

5.                Jika kamu ingin bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati kerana bila kamu tidak menyiapkan bekalan untuk mati kamu akan menderita, rugi dan penuh penyesalan.

6.                Jika kamu ingin mencari sesuatu, maka carilah akhirat kerana kamu tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mencarinya. 

Semoga Allah merahmati hidup kamu dengan menjalankan enam hal yang aku sampaikan tersebut”. Kejayaan yang hakiki bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat juga kena di jaga sama oleh kita. Tak guna hebatnya kita di dunia tapi semasa di akhirat kita menjadi seorang manusia yang hina-dina di hadapan Allah nanti. Bersedia untuk mengejar kejayaan agar apa yang kita sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT.

(Sumber : Siyar A’lam an-Nubala’. Karya Imam ad-Dzahabiy)



Read more >>

Sabtu, 27 Disember 2014

PENGHALANG DAN HALANGAN



Sumber foto : www.majalahexcellent.com

Setiap kali melakukan jualan pasti ada halangan dan penghalang yang perlu untuk kita rempuhi dan tempuhi terlebih dahulu. Kalau apa yang dihadapi seperti menempuh jalan di lebuh raya mungkin boleh lagi kita hadapi kerana halangan terbesar di lebuh raya hanyalah apabila memasuki dan keluar dari tol sahaja. Tapi dalam jualan bukan seindah dan semudah itu untuk melakukannya. Pasti ada halangan untuk kita tempuhi dan atasi. Sedangkan lari dalam acara berpagar pun ada halangannya ini kan pula melakukan jualan.

Menempuh setiap halangan itu sudah pasti ada perit dan memenatkan. Bukan semua yang kita mahukan boleh diperoleh dengan begitu mudah sama sekali. Tiada jalan yang lurus selurus landasan keretapi untuk kita tempuhi. Bila ada halangan dan penghalang maka bermulalah detik hati, perasaan dan mulut kita melahirkan perkara yang bukan-bukan memberikan pelbagai kritikan dan menyalahkan pelbagai perkara lagi dan lagi. Antara isu-isu yang dijadikan modal sebagai satu halangan dan penghalang yang ditempuh itu adalah hanya disebabkan oleh kerenah orang, keadaan sekeliling, sistem ekonomi dan pesaing yang menawarkan lebih hebat dari kita. Semuanya bermulalah episod mencari alasan dan ulasan seolah-olah seperti sang semut menunggu gula ditaburkan ke dalam mulutnya.

Tak mahu susah dan tak mahu langsung keluar dari zon selesa. Semuanya nak senang dan mudah sahaja. Usaha sedikit tapi hasil nak banyak dan senang. Adakah ini yang kita mahukan dan carikan demi memastikan  karier dan tugasan kita masih mampu untuk dilakukan. Semuanya memerlukan kejayaan untuk kita lakarkan walaupun mungkin terdapat sedikit atau banyaknya halangan, cabaran, dugaan dan rintangan yang perlu untuk di atasi dan dihadapinya.

Fahamilah keadaan dan situasi sebenarnya. Tak lain tak bukan semuanya kena bermula dari diri kita sendiri. Tiada penyebab besar melainkan dari diri kita sendiri yang perlu diperbetulkan dahulu. Selagi pembetulan dalaman diri tidak diperbetulkan selagi itulah mencipta kejayaan sudah pasti akan tersasar dari landasan yang dimahukan. 

Sentiasa meneropong dan menyelami apa kekurangan dan kelemahan diri kita dari membebel yang bukan-bukan pada yang lain. Periksa dahulu di mana salah dan silapnya agar pembetulan yang jitu dan teguh boleh dilaksanakan. Hendak seribu daya kalau tak hendak itulah pelbagai dalih akan dicari dan diberikan. Jangan difikirkan segala halangan dan penghalang yang dihadapi tapi fikirkan sahaja bagaimana keputusan akhir boleh dinikmati. Selamat berjaya.



Read more >>